Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Kilang Pembuatan Senjata Api Haram sejak Perang Dunia ke-2

Kilang Pembuatan Senjata Api secara haram ini dibina sejak Perang Dunia II ketika mana pihak gerila dan pembuat senjata ini menentang Jepun. Kini, hampir 10,000 dari 100,000 penduduk Kota Danao terlibat dengan industri pembuatan senjata api ini. M-16, AK-47, Uzi dan Ingram sub-senapan adalah senjata api yang paling popular. Senjata yang kemudian dijual kepada pelanggan domestik, ahli politik, askar upahan dan penduduk biasa. Contohnya, pistol mungkin dijual seharga $ 80 bersesuaian dengan masa yang diambil dalam beberapa minggu. Mereka juga sangat popular di kalangan Yakuza mafia Jepun dan Cina. Kota Danao di Cebu iaitu salah satu daripada wilayah di negara Filipina. Cebu terletak di timur pulau Negros, pulau Leyte di selatan dan pulau Bohol di tenggara. Nampaknya disana penggunaan senjata agak komersial dan payah untuk dihalang. Mujurlah kat Malaysia ni tak macam tu. Ok lah, jom layan gambar kat bawah ni, ade 20 lagi gambar ni. Klik untuk besarkan, sumber post ni berdasarkan artikel

Kisah benar budak ketika bersunat atau berkhatam pagi tadi

Kisah benar ni terjadi hari ni, sepupu aku baru berumur 10 tahun, dajah 4 dan sorang lagi adik dia berumur 9 tahun. Hari ni dia 2 orang ni berkhatam di Hospital Dungun. Budak2 lain pun ramai berkhatam hari ni, al maklumlah cuti sekolah kan. Jadi budak 2 orang ni tunggu turn nak bersunat sambil dengar jeritan berbudak lain sedang bersunat. Masing2 ketakutan lah dengar jeritan budak2 ni. Yang si abang ni takutkan si adik, macam2 dia kate. Adik dia ni jadi takutlah, mana taknye, ade yang meangis, meraung, berteriak, bertepik kesakitan. Giliran bebudak 2 orang ni makin dekat, masing2 bertambah berdebar-debar. Jeng jeng jeng ... giliran mereka berdua sudah sampai. Si abang ni dengan redhanya menerima giliranya dan si adik jadi bimbang dengan nasib yang bakal dihadapi oleh abangya. Apabila tirai kain diturunkan, tiba2 kedengaran suara budak menjerit dengan kuat perkataan ... adei, dia boleh mengucap 2 kalimah syahadah pulak, aku dengan bapak si budak ni gelak besar kat luar, mak b

Fakri Saarani saya juga ada perasaan

“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.” Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini. Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook. Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini. Sama ada seda

Benarkah Red Indian adalah penganut agama Islam

Info menarik yang ingin aku kongsikan di sini tentang kebenaran puak Red Indian di Amerika. Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.

Ayam makan Ayam

Apakah maksud Wordless Wednesday?   Program peringkat antarabangsa yang jugak disokong oleh blogger tempatan di Malaysia. Tiada perkataan, hanya gambar sahaja. Bak kate orang tua dahulu kala " A picture is worth a thousand words ". Sesiapa sahaja boleh sertai, tiada deposit, yuran atau pun apa jua jenis bayaran atau downpayment atau mungkin juga duit muka yang sesetengah orang panggil duit pendahaluan atau tak lupa juga yang panggil...

Gambar kehidupan Yakuza terbaik

Gambar2 ini di aambil oleh seorang photographer berani mati yang sanggup menyusup didalam kumpulan Yakuza. Yakuza dari bahasa Jepun atau gokudo dalah nama daripada sindiket terorganisasi di Jepun. Sering digelar mafia Jepun kerana ada persamaan dengan bentuk organisasi mafia Itali. Fotografer Anton Kusters merupakan fotografer yang paling berani mendekati golongan Yakuza ini. Anton Kusters dengan berani menghabiskan waktu 2 tahun untuk memotret keadaan geng Yakuza, geng Jepun yang paling terkenal dan mengerikan di jepun. Anton Kusters kembali dengan beberapa gambar yang mengagumkan dan menerbitkan sebuah buku berjudul "Odo Yakuza Tokyo." (Odo berarti "sakura mekar" dan merupakan lambang dari keluarga geng Yakuza. Dalam laman web rasminya, Antonkusters.com menceritakan kisah dramatiknya tentang bagaimana dia memperoleh akses untuk memotret geng Yakuza yang begitu mengagumkan dan mengerikan. Sebelumnya Anton Kusters perlu merancang berbulan-bulan dulu agar diizi

Adakah Malaysia Penakut

"If you allow this to happen, then you are cowards . You must teach them what being Malaysian is all about." Adakah Malaysia penakut Aku ingat singkap sedikit kenyataan dari Ong Kim Swee dalam bahasa inggeris berdasarkan my.news.yahoo . "All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents," Kim Swee was quoted by the New Straits Times. "If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." "As a coach I did not have to tell the players what to do. They already knew the situation so when it came to the penalties, they showed good character and attitude," he said. Kata2 yang sungguh patriotik dan membakar semangat pemain2 Malaysia untuk membuktikan kepada pengkritik mereka terutamanya dari Indonesia. Kalo ingat balik situisi yang dihadapi Ong Kim Swee yang dihalang masuk ke padang walaup

Edisi Lawak | Najib Umum Esok Cuti dalam Facebook

Tahniah Skuad Sukan Sea Bola Sepak Malaysia yang berjaya merangkul kejuaraan ataupun pingat Emas di edisi kali ini. Perlawanan yang berlangsung lebih dari 120 minit yang diakhiri dengan sepakan penalti yang dimenangi Malaysia, 4-3. Acara bola sepak sebenarnya merupakan acara tumpuan dalam setiap edisi Sukan SEA, sekirnya pasukan yang mengutip pingat emas terbanyak dalam sesebuah edisi tetapi gagal memenangi pingat Emas acara Bola Sepak sememangnya kurang terasa kepuasanya. Ini adalah kali pertama Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan dengan memengangi 2 edisi berturut-turut. Secara rekodnya, Malaysia berjaya mendapat pingat emas sebanyak 6 edisi dan Indonesia masih dengan rekod lama iaitu 2 edisi dalam kejohanan sukan sea ini. Tahniah sekali lagi, semoga tahun depan kita berjaya menang lagi. Gambar diatas sekadar selingan sahaja: Najib Umumkan Esok Cuti dalam Facebook

Darth Vader minta tanah untuk letak kapal angkasa + Video

SEORANG lelaki memakai kostum Darth Vader berjalan masuk ke bangunan dewan bandar raya Odessa, Ukraine pada Isnin lalu Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu. "Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan. "Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat. "Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader,"

Fakta Menarik Dunia Top 5

1. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 2. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 3. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimana

Top 5 Website Hosting Malaysia

Bagi menyambung kembali post website hosting malaysia pilihan top 5 anything , saya akan menyenaraikan Top 5 Website Hosting Malaysia dengan mengambil kira banyak faktor terutamanye populariti, haha. Rasenya hampir 3 minggu jugak saya ambik mase untuk cuba menyenaraikan 5 terbaik daripada 50 website hosting yang saya senaraikan sebelum ini. Jadi tanpa melengahkan mase lagi, saya listkan:

Pokok yang tidak pernah berbuah (#6) Wordless Wednesday

Apakah maksud Wordless Wednesday?   Program peringkat antarabangsa yang jugak disokong oleh blogger tempatan di Malaysia. Tiada perkataan, hanya gambar sahaja. Bak kate orang tua dahulu kala " A picture is worth a thousand words ". Sesiapa sahaja boleh sertai, tiada deposit, yuran atau pun apa jua jenis bayaran atau downpayment atau mungkin juga duit muka yang sesetengah orang panggil duit pendahaluan atau tak lupa juga yang panggil...

Kapal Selam jadi Muzium

KERJA-KERJA mengangkat SMD Ouessant Agosta 70 dari kapal kargo di perairan Selat Melaka berjalan lancar untuk dibawa ke jeti sementara di Klebang, Melaka, semalam. MELAKA 16 Nov. - Selepas lebih tiga jam kerja mengangkat dilakukan, kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan hari ini selamat dipindahkan dari kapal kargo ke atas tongkang di perairan Selat Melaka, kira-kira 800 meter dari Klebang di sini. Menggunakan dua kren khas dari kapal kargo tersebut, kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu selesai tepat pukul 11.30 pagi selepas dimulakan pukul 8 pagi. Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ujud berkata, kapal selam itu bagaimanapun tidak dapat dibawa ke jeti sementara di Klebang kerana faktor air laut yang surut menyukarkan tongkang sampai ke jeti tersebut.

Jambatan Musa, Moses Bridge di Netherland

Moses Bridge atau Jambatan Musa dalam Bahasa Melayu atau Loopgraafbrug dan bahasa asli Netherland. Jambatan ini kelihatan berlainan berbanding jambatan lain kerana konsep yang amat berlainan. Terletak di Belanda, jambatan yang amat mengkagumkan ini melintasai kawasan yang dipanggil Fort de Roovere. Reka cipta oleh Syarikat RO & AD Architecture, jambatan moses ini di buat dari kayu yang dipanggil Acooya. Lihat gambar dibawah dan video yang menunjukkan apa yang menarik di Fortde Roovere ini. Pereka design ini berkata "the bridge enhances the accessibility of the restored fort and landscape and contributes in unique ways to the social task of strengthening the recreational side of nature. It fulfills a natural, educational function.”

Tenaga solar paling murah | A liter Of Light

Walaupun kempen ini telah wujud sejak Ogos 2011, tetapi masih menarik untuk dibincangkan. Bayangkan dengan menggunakan botol air plastik dan diletakkan air kemudian ditambah sedikit pencuci (untuk memastikan pertumbuhan alga) dapat menjana cahaya yang mampu menerangi rumah dari kegelapan. Sumber tenaga datang dari sinaran cahaya matahari, sudah pasti ini adalah sejenis contoh penggunaan tenaga solar. Lihat video yang dirakan di Filipina di bawah.

Anonymous menyerang Ikhawanul Muslimin, Operation Brotherhood Takedown

Anonymous mengumumkan Operation Brotherhood Takedown dengan sasaran laman web ikhwanonline.com yang dijaga oleh pergerakan Ikhawanul Muslimin. Berita penuh copy paste di bawah. Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi November 2011

Blog terkenal di Malaysia sememangnye dimiliki blogger2 terkenal. Aku nak jelaskan bahawa penilaian yang aku gunakan untuk meletakkan sesebuah di Top 5 blog paling terkenal di Malaysia berdasarkan Alexa Trafic Rank sepenuhnya dari Alexa.com dan owner blog ini aku percaya orang Malaysia. Untuk Edisi November 2011, aku lihat ade perubahan besar dalam kedudukan blog2 di Malaysia. Kenapa aku gunakan Alexa.com, kerana Alexa.com adalah penyedia ranking website terbaik di dunia yang diiktiraf oleh Google.com dengan mengambil kira ranking Alexa.com untuk SERP. Ok, aku akan teruskan dengan senarai Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi November 2011.

Serambi Emas klon kepada Etika Emas Estet

Serambi Emas kononnye hebat, laman web dia serambiemas.com atau taip jer kat google serambiemas. Aku nak ceritakan sedikit masalah bagi sesiapa yang bercadang menyertai serambi emas ini ataupun untuk pengetahuan umum. Sebenarnya aku paling anti syarikat emas yang menggalakkan Sistem 70-30 atau sekarang ini Sistem 65-35 dalam pembelian emas. Dalam Serambi Emas ni dipanggil 2+1. Aku dengar semalam dari ceramah Serambi emas ni dari ajen dia (dia kate dia ajen) sepenuhnye, dari awal sampai akhir, takde sebut pasal spread harga jual beli. Serambiemas.com aku pernah baca yang skim ditawarkan Serambi Emas amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet. Jadi selamatkah? ade sorang pendengar ceramah tu tanya pasal hukum sistem ni, dan si penceramah menjawab ini masalah prosuduer dan akad, jadi dia yakinkan pendengar baha

Ribut besar melanda pulau kecil ini di Malaysia

Gambar ni diambil pada pukul 3:45 petang 08/11/2011 di Pantai Pancur Hitam Pohon Batu, Labuan, Sabah. Tengok daripada gambar ni memang tak boleh bayang kan betapa kuatnye ribut yang melanda tu. Subhanallah, sekarang ni macam2 bencana alam boleh terjadi. 2-3 hari lepas gempa bumi di Taiwan. Sebenarnye aku takde ape nak dikatakan sangat, cuma dedahkan gambar ni untuk tatapan semua, hanya gambar ni jer ader. Sumber daripada Carigold.com

SocialPromoter - tingkatkan like fan page dengan mudah

Hari ni ade sebuah website baru lancar, socialpromoter.wassupz.com . Basically mende ni boleh tingkatkan like fan page facebook, follower twitter, google +1, youtube dan trafic exchange. Sekarang ni saya cadangkan sape2 yang nak join program ni buat dulu fan page facebook, lepas tu buat twitter serta update profile google +1 dengan baik. Trafic Exchange saya tak sarankan lagi, kene confirmkan dulu dengan admin samada trafic exchange ni valid atau tak untuk ads provider.

Mesin ATM di Taman Midah hilang

aku dengar berite ni pun aku terkejut, Mesin ATM di Taman Midah hilang ... akhirnye rompakan ke atas ATM berjaya walaupun sebelum macam2 beriter kite dengan tentang usaha2 perompak 2nd class gagal. Kali ni memang agak menarik, mereka berjaya. dalam beriter ni tak berape jelas ATM bank maner yang hilang, cuma nama Taman Midah aku tahu. Berita penuh di bawah. Mesin ATM di Taman Midah hilang bank kerugian lebih RM300 ribu | 2011/11/08 KUALA LUMPUR: Sebuah bank di Taman Midah, Cheras kerugian kira-kira RM316,000 apabila satu daripada lapan mesin juruwang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan individu awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 3 pagi, apabila kereta peronda polis yang lalu di kawasan tersebut melihat dua bahagian cermin yang menempatkan mesin berkenaan pecah. Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mesin ATM itu dilarikan dengan cara mengheretnya menggunakan kenderaan berat. "Ked

Mufti terkejut PM, Najib dan Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. “Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Najwa Latif tak guna

BILA sudah popular, pelbagai cerita sama ada baik atau buruk seseorang selebriti itu akan diselidik dan dihebahkan kepada umum. Bagaikan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan selebriti lebih-lebih lagi bergelar anak seni yang menceburi dunia lakonan atau nyanyian. Begitu juga dengan penyanyi muda, Najwa Latif , 16, yang sudah dilanda sensasi walaupun masih setahun jagung. Dia dikatakan mempunyai krisis keluarga dan Najwa tidak dapat menerima apa yang berlaku ketika itu. Ibarat angin lalu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini tidak gentar dengan setiap kritikan yang diberikan oleh peminat berikutan masalah tersebut. Dia menerimanya dengan positif lebih-lebih lagi apabila ramai peminat yang masih memberikan sokongan kepadanya untuk meneruskan karier seni. Najwa Latif Tak Guna Pencuci Muka

video ringkas kesan kejatuhan ekonomi amerika kepada dunia dan Malaysia.

uncle sam @ amerika Mahu tidak mahu, kite kene sedar bahawa Amerika ialah pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan juga kepada Malaysia. Krisis ekonomi amerika mampu menyebabkan ekonomi dunia menjadi lebih parah sekiranya tiada tindakan awal untuk menyeimbanginye. Mengapa Amerika memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi dunia, mengapa Inflasi di Amerika membimbangkan pelabur2 asing untuk terus melabur di negara2 yang bergantung kepada ekonomi Amerika. Tengok Video di ni, memang mudah difahami.

Fatwa - Maksud dan Perlaksaananya di Malaysia

Maksud Fatwa Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. Dari Segi Istilah Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya: Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

top 5 antivirus terbaik 2012

top 5 antivirus 2012 , betul ker aku tulis ni, tak masuk lagi tahun 2012 kan. Tapi biasa la, trend company2 pengeluar antivirus atau pe2 sahaje memang akan keluarkan terlebih awal. Jadi hari ni aku terasa nak buat list untuk antivirus terbaik 2012 , sejauh mana kebenaranye... Top 5 antivirus terbaik 2012 1. BitDefender Antivirus 2012

Larangan tidur meniarap perlu kita ketahui

tidur meniarap, mungki ramai yang diantara kite tidak pernah mendengar larangan ini atau mungkin dah ramai yang mengetahuinye. Tapi takpe, kite sebagai umat islam perlu saling ingat mengigati antara satu sama lain jika kite tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi. Larangan tidur meniarap عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً مضطجعاً على بطنه فى المسجد ، فقال: " إن هذه ضجعة لا يحبها الله و رسوله " maksudnya : daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki tidur dalam keadaaan meniarap didalam masjid lalau berkata :" sesungguhnya meniarap tidak disukai Allah dan Rasulnya " hadis lain: Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru " "Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam.&

Senarai pemain untuk Anugerah Ballon d’Or 2011 diumumkan

Anugerah Fifa Ballon d'Or untuk pemain bola sepak terbaik dunia.Seramai 23 orang pemain bolak sepak terbaik di dunia diumumkan pada 1 November 2011 baru2 ini untuk calon anugerah terbesar didunia dalam bola sepak, FIFA Ballon d'Or. Seramai 7 orang pemain Sepanyol tersenarai dalam Anugerah ini dan hanya seorang dari England. Sedikit kejutan bagi aku, kerana Arjen Robben tidak tersenarai untuk Ballon d'Or ini walaupun membantu Netherland di kejohanan Piala Dunia akhir tahun lepas, mungkin kerana tidak perform di kelab. Ok, inilah senarainya mengikut negara kerakyatan mereka. Ballon d'Or 2011 Sergio Agüero ( Argentina ) Lionel Messi ( Argentina ) Dani Alves ( Brazil ) Neymar ( Brazil ) Samuel Eto’o ( Cameroon ) Wayne Rooney ( England ) Éric Abidal ( France ) Karim Benzema ( France ) Thomas Müller ( Germany ) Mesut Özil ( Germany ) Bastian Schweinsteiger ( Germany ) Wesley Sneijder ( Netherlands ) Cristiano Ronaldo ( Portugal ) Nani (P ortugal ) Andrés I

website hosting malaysia pilihan top 5 anything

website hosting malaysia sempena cabaran SEO carigold.com, aku akan buat sedikit review hosting yang baik untuk website di Malaysia. Seriusly, aku tengok tajuk cabaran member2 cg ni, " website hosting malaysia " terus aku susah hati, tak tahu cam maner nak tulis. Aku ni pakai blogspot sebab aku memang tak reti macam maner nak guna hosting bebayar ni, macam maner nak uruskan domain dan macam maner mende2 ni berfungsi. Jadi aku pun tapilah di Google.com.my keyword "website hosting malaysia", yang jumpanye provider2 hosting yang ader. Aku jumpa list ni yang antara companies web hosting di Malaysia . Acme Commerce AnjungCafe Articulate X Big Band Cari Internet Cubiex Cynet Hosting DataKL Solution Dedicated Server Enterprise Deline Resources Dragon Solutions E-globalhosting EasyNet Interactive Elfbytes Emerge Systems eOneNet Esurge Online Exabytes Network Gigabit Hosting Hileytech Hive Hosting Hostpro2u ICORE Technology InVision Information Tec

Facebook akan di hack 5 November 2011 - Hacker Anonymous + Video

Anonymous hacker mengganas lagi! Sebelum ini, Anonymous Hacker ni pernah menggodam beberapa laman web Malaysia disebabkan tindakan kerajaan Malaysia menyekat laman-laman perkongsian files seperti Piratebay. Kali ni, Anonymous Hackers ni sedang target untuk menyerang laman Facebook pulak dan tarikh sasaran serangan itu adalah pada 5 November 2011. Kalau sebelum ni, diorang just hack, usik2 manja gitu..tapi kali ni, motif Anonymous ni adalah untuk memusnahkan Facebook ni totally. Maksudnya, kalau diorang berjaya, tidak akan ada lagi Facebook selepas 5 November 2011 nanti!

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Wordless Wednesday (#5) beza antara Amerika dan Russia

Apakah maksud Wordless Wednesday? Sebuah program peringkat antarabangsa yang jugak disokong oleh blogger tempatan di Malaysia. Tiada perkataan, hanya gambar sahaja. Bak kate orang tua dahulu kala " A picture is worth a thousand words ". Sesiapa sahaja boleh sertai, tiada deposit, yuran atau pun apa jua jenis bayaran atau downpayment atau mungkin juga duit muka yang sesetengah orang panggil duit pendahaluan atau tak lupa juga yang panggil dengan bayaran pengenalan dan mungkin dengan panggilan...

Top 5 Universiti Terbaik di Dunia dan di Malaysia tahun 2011/2012

Laporan Universiti Terbaik di dunia dan di Malaysia untuk tahun 2011/2012 ini diambil dari "QS World University Rankings 2011/12". Boleh percayakah ranking yang dikeluarkan mereka ini, ni tentang mereka: QS is the most trusted on-line and off-line meeting place for all candidates, schools and businesses for career and educational related decisions. We are a medium-sized company with over 150 staff in offices throughout the world: London, Paris, Singapore, Shanghai, Boston, Washington DC, Johannesburg and Alicante. A multi-cultural employee base, there are 26 languages spoken in the marketing department alone. The QS World MBA Tour travels to 70 cities in 39 countries enabling over 50,000 ambitious MBA candidates to meet face-to-face with high calibre business schools. The QS World Grad School Tour visits 47 cities in 31 countries bringing the complete A to Z of postgraduate programs to over 40,000 interested masters and PhD students. Mesti boleh pahamkan kenape QS diguna

Tengok seluar bundle Edwin Premium Denim RM230 termasuk penghantaran, memang menarik habis

Klik untuk besarkan gambar ke halaman baru Jenama: Edwin (premium denim) Size: 35 inci Panjang (dr cawat): 30 inci Lebar kaki: 18 inci Harga: Rm 230 Hubungi En. Ayyub COD : Bandar Dungun (Sura gate) tel/sms : 013-3527439 Email :   kontactr.com/user/rebellist (email kepada aku jer, dia jarang bukak email) atau, rebellistduck[a]gmail.com YahooMesengger : rebellist_duck cara bayaran : kite bincang dengan email blog beliau: pakaian-bundle.blogspot.com atau komen jer kat sini, kan senang Ok, sekarang ni aku selaku kawan ingin menolong kawan aku menjual dan menjayakan usahanya untuk berjinak-jinak berniaga secara online ni. Seluar ni adalah barangan per-1 yang akan beliau jual. Jadi aku berbesar hati sekiranya pembaca-baca blog aku ni support kawan aku ni. Sejauh mane nak percaya? biasanya ade testimoni tapi dalam kes ni, pembeli seluar ni akan jadi pembeli per-1 kawan aku ini jadi nak anda yang dapat buat testimoni ni..hehe. Ni kawan aku sejak kecil lagi, sekam

tak kenal Ustaz Azhar Idrus, ni jadual kuliyah ustaz Azhar Idrus nov 2011

sumber Memang pelik kalo ade sesape yang tak kenal Ustaz Azhar ni, mungkin dia bukan orang Terengganu, mungkin yang tak minat dengar Kuliah Agama atau mungkin tak pernah dengar citer pun pasal Ustaz kelahiran terengganu ni. Ustaz ni memang ok orangnye, dia berkuliah sambil selitkan unsur2 humour dan boleh dapat tarikan golongan muda-mudi kite sekarang ni yang banyak berpelesaran, moral buruk dan akhlak yang hancur. Sindiran Ustaz Azhar memang pedas tapi menarik. Ape kate kite dengar skit kuliah dia dengan klip video pendek ni dari You Tube, banyak lagi sebenarnya video yang diupload oleh orang ramai.

Kereta Api bertembung Lori Tangki Minyak 31-10-2011 + Gambar + Video

Peristiwa di Kota Kinabalu, akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin, sembilan orang cedera dalam letupan besar dan tiada lagi kematian dilaporkan setakat ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba. Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelama