uncle sam @ amerika |
Mahu tidak mahu, kite kene sedar bahawa Amerika ialah pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan juga kepada Malaysia. Krisis ekonomi amerika mampu menyebabkan ekonomi dunia menjadi lebih parah sekiranya tiada tindakan awal untuk menyeimbanginye.
Mengapa Amerika memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi dunia, mengapa Inflasi di Amerika membimbangkan pelabur2 asing untuk terus melabur di negara2 yang bergantung kepada ekonomi Amerika. Tengok Video di ni, memang mudah difahami.
Krisis Ekonomi Dunia - Global Economic Collapse
Apakah defisit, bon, pinjaman kerajaan, inflasi dan lain2 yang penting dalam memahami asas ekonomi sesebuah negara. Video ni cuma 5 minit lebih jer, tapi rasenye padat dengan informasi. Idea ekonomi kapitalis memang akhirnye menyebabkan negara tu akan jatuh.
Lepas aku tengok video ni, aku simpulkan bahawa HUTANG adalah masalah paling besar kepada sesebuah negara. Sepertimana yang berlaku kepada Greece, apabila hutang melebih KDNK/GDP, maka negara mereka diishtiharkan BANKRAP dan kesan utama ialah INFLASI.
Hutang negara terhasil daripada DEFISIT - lebihan perbelanjaan, jadi inilah yang perlu di atasi. Bagaimana nak elakakan berhutang, sudah pasti kene berjimat. Bayangkan, tahun ini perbelanjaan melebihi pendapatan, tahun depan juga sama, jadi secara langsungnye hutang negara makin bertambah. Hutang negara amerika makin teruk dan sekarang ni Hutang Negara Malaysia pun makin teruk.
Aku tak pandaipun pasal Ekonomi ni, tapi dari pendapat aku, Amerika boleh bangkrap bila2 mase sahaja dari sekarang dengan kadar Hutang yang amat tinggi sekarang ni tanpa ade tanda2 pengurangan, tidak mustahil Global Economic Collapse atau Keruntuhan Ekonomi Global akan terjadi walaupun tidak pernah terjadi sebelum ini.
Comments
Post a Comment