Larangan tidur meniarap perlu kita ketahui

tidur meniarap, mungki ramai yang diantara kite tidak pernah mendengar larangan ini atau mungkin dah ramai yang mengetahuinye. Tapi takpe, kite sebagai umat islam perlu saling ingat mengigati antara satu sama lain jika kite tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi.

Larangan tidur meniarap


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً مضطجعاً على بطنه فى المسجد ،
فقال: " إن هذه ضجعة لا يحبها الله و رسوله "

maksudnya: daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki tidur dalam keadaaan meniarap didalam masjid lalau berkata :" sesungguhnya meniarap tidak disukai Allah dan Rasulnya "

hadis lain:

Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru "
"Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam."

larangan tidur meniarap

Pandangan sains mengenai tidur meniarap


Dr. Zhafir al-Aththar, menemukan ketika seorang itu tidur dalam keadaan meniarap, beberapa saat dia akan merasakan sesak nafas, beban tulang belakang punggung menghalangi dada untuk bernafas dengan sempurna. Kedudukan ini juga mewujudkan gesekan organ-organ seksual dengan katil sehingga mewujudkan masturbasi tanpa sedar.

Kedudukan pernafasan yang tidak sempurna ketika tidur meniarap, akan melemahkan jantung dan otak. Kajian di Australia membuktikan bahawa angka kematian mengejut di kalangan kanak-kanak berlaku lebih kerap kepada anak-anak yang suka tidur meniarap dengan kadar 3 kali ganda berbanding kematian mengejut dikalangan anak-anak yang suka tidur mengiring.

mutakhir ini, pakar perubatan telah mendedahkan bahawa tidur meniarap ini sangat2 memudaratkan kesihatan dan bakal mengundang banyak penyakit.
___________________________________________________________________________

Selamat Menyambut Hari Raya Korban, semoga dipenuhi dengan keberkatan dan diterima Allah S.W.T ibadah korban kite semua.
___________________________________________________________________________
Tags: Larangan Tidur Meniarap dan Hikmahnya | Sumber: Carigold.com, diamdotcom.blogspot.com

Comments

  1. hi..sesungguhnya semua perintah Allah ada hikmahnya. :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous12 June, 2012

    mcm mana nak buang tabiat tu.. sebab dah terbias tidur mniarap.. huhu..
    rasa mcm sangat selesa.. hum

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama, tapi boleh buang tabiat ni

      fikirkan mende ni buruk dan galakkan diri kita untuk fikir dan bayangkan kelebihan tidur secara sunnah :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia