Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Masa terbaik membeli Emas

Hari ini pasti ramai orang akan berbincang tentang kelebihan perlaburan dengan emas tetapi sebenarnya emas adalah penyimpan nilai dan turun naik emas kerana nilai wang ringgit yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini dipagi yang indah ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku dengan emas berkaitan Masa Terbaik Membeli Emas . Sekiranya anda fikir untuk menyimpan emas dalam tempoh yang lama seperti 5-10tahun atau lebih, setiap hari dan ketika adalah masa terbaik untuk membeli emas.  Tetapi sekiranya anda berfikir untuk mendapatkan retun tahunan yang jelas atau jangka masa pendek perlukan ketelitian dan sedikit pengetahuan tentang turun naik harga emas dunia. perhatikan graf diatas, harga emas untuk akhir tahun ni menurun dengan kadar yang agak drastik. Ramai penganalisis meramalkan harga emas akan turun sehingga krismas, ada yang katakan hingga akhir tahun dan ada juga yang katakan hingga Hari raya China tahun depan yang dijangka pada bulan Januari 2012. Untuk yang kali pertama t

Pemandangan kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum, lapor akhbar MailOnline kelmarin. Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin. Program kapal angkasa Shuttle NASA berakhir pada Julai lalu dengan Atlantis akan dipamerkan di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida, bermula penghujung 2012.

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki

Kalau buat hudud, lagi teruk jadinya

Kata bodoh orang Islam dalam video ni, "Kalau buat hudud, lagi teruk jadinya" sebagai ending video ni. Apa korang nak kata video ni. Dengar dari awal sampai akhir, cam maner dia orang sindir Tuan Guru Nik Azik (TGNA). Macam2 depa kate kat TGNA, suruh cermin diri lagi tu, yang tukang suruh cermin diri tu patut cermin diri dulu. Perempuan dalam video ni nampak macam melayu tapi tak pasti samada Islam atau tidak, satu tudung pun takde. Masalah AIDS/HIV atau penghisap dadah kat kelantan yang ramai ni dah pun dijelaskan kenapa angka di Kelantan lebih tinggi dari negeri lain, tapi mereka semua ni cuba nak perbodohkan rakyat Malaysia yang kurang mencari kebenaran disebalik sesebuah cerita.

Grand Prix Pertama di Tanah Melayu

2-3 minggu ni aku agak sibuk dengan masalah keluarga yang melanda aku, dah lama tak update blog dengan info berguna kan. Jadi hari ni, aku macam biasa memulakan hari aku dengan membaca forum di Malaysia ni, bagi aku forum ialah tempat terbaik untuk mencari maklumat selain blog rakan2. Grand Prix pertama di Tanah Melayu

Sekitar bandar Kajang yang dilanda Banjir Kilat

Hujan turun dengan lebat sekak pukul 3 petang kelmarin tidak diduga mengakibatkan banjir kilat yang agak membahayakan. Aliran air banjir yang deras sehingga mengahanyutkan kereta yang terletak diparkir. Bangunan Metro Kajang dan sekitarnya termasuk kedai makanan segera Mcdonald serta KTMB terjejas akibat air bah ini. Air di Sungai Kajang melepasi tahap bahaya dalam sekelip mata dan menghasilkan banjir kilat ini apabila air mencurah keluar ke Bandar Kajang. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan banjir kilat mula surut lebih kurang pukul 5 petang selepas hujan reda. Ramai yang terlibat dan berada di Bandar Kajang menggunakan Facebook dan Twitter bagi memberitahu sanak saudara dan rakan tentang keadaan banjir kilat ini. Sebuah video yang diletakkan di Facebook menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di atas sebuah van menunggu dengan untuk diselamatkan daripada air yang mengalir lalu dengan laju. Orang ramai yang berada di tingkat satu di sebuah bangunan berhampiran akhirnya