KERJA-KERJA mengangkat SMD Ouessant Agosta 70 dari kapal kargo di perairan Selat Melaka berjalan lancar untuk dibawa ke jeti sementara di Klebang, Melaka, semalam. |
MELAKA 16 Nov. - Selepas lebih tiga jam kerja mengangkat dilakukan, kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan hari ini selamat dipindahkan dari kapal kargo ke atas tongkang di perairan Selat Melaka, kira-kira 800 meter dari Klebang di sini.
Menggunakan dua kren khas dari kapal kargo tersebut, kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu selesai tepat pukul 11.30 pagi selepas dimulakan pukul 8 pagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ujud berkata, kapal selam itu bagaimanapun tidak dapat dibawa ke jeti sementara di Klebang kerana faktor air laut yang surut menyukarkan tongkang sampai ke jeti tersebut.
"Selepas dipindahkan ke atas barge (tongkang) yang mempunyai multi axle trailer, kapal selam ini perlu diikat dan ia memakan masa antara tiga sehingga empat jam sebelum boleh dibawa ke jeti.
"Paras air laut yang rendah petang ini tidak membolehkan barge ini sama paras dengan ketinggian jeti sebab itu kita kena tunggu sehingga air pasang kira-kira 11 pagi esok barulah kapal selam akan dibawa ke jeti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melihat kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kapal selam itu di sini, hari ini.
Felda Transport Services Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab mengangkut kapal berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu dari sebuah pelabuhan di Perancis, 12 Oktober lalu.
Kapal itu tiba di perairan Selat Melaka berhampiran Klebang di sini, Ahad lalu selepas 31 hari pelayaran.
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang dibina pada 1979 itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.
Sebelum projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu dilaksanakan, kapal itu ia akan ditempatkan di jeti sementara di Klebang dan orang ramai berpeluang menyaksikannya selama 10 hari mulai 22 November ini.
teringin nak melawat muzium kapal selam ni
ReplyDeleteDah lama sangat, sehingga ke muzium akhirnya
ReplyDeletebapak besar - 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar
ReplyDelete=.='' aku ingat kecik je..
oke lah tu buat muzium,, bukan selalu manusia boleh masuk dalam kapal selam..
yang terbaru pun mungkin akan menyusul tak lama lagi, wakaka
ReplyDeleteweyhh bwk la CK g mlwat sane :D
ReplyDelete@cik Kartun
ReplyDeletehaha, jom2 :P