Skip to main content

Kereta Api bertembung Lori Tangki Minyak 31-10-2011 + Gambar + Video

Peristiwa di Kota Kinabalu, akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin, sembilan orang cedera dalam letupan besar dan tiada lagi kematian dilaporkan setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya.

Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.

Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliaunampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepaspelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen.

Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan.

Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakangkereta api. Antara gambar lain


Video kemalangan antara Kereta Api bertembung Lori Tangki Minyak

Comments

  1. errmmm pemndu nie lalai..sebb die org len time padah

    ReplyDelete
  2. tiada undang2 bilang keretapi atau kapal terbang salah bila berlaku kemalangan sebegini. Laluan tu adalah milik keretapi. Lori (pemandunya) tetap salah. Kenapa lalai??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car...

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia

Hampir 3 bulan aku tak update blog Top 5 ini dan hampir 5 bulan aku tak buat Top 5 Blog Terkenal atau mungkin terbaik di Malaysia yang sudah pasti dikendalikan oleh blogger terkenal di Malaysia. Kali ini untuk Edisi Mei 2012 aku tak ada banyak perubahan dari segi penilain blog mana yang terkenal hanya menggunakkan Ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com . Apa yang boleh aku simpulkan, rakyat Malaysia semakin gemar membaca gosip2 artis dan hiburan, tak tahu kenapa, mungkin kerana banyak skandal2 s#ks para pemimpin terkenal Malaysia masa kini. Mungkin trend ini akan berubah apabila pilihanraya hampir nanti? Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi Mei 2012