Mesin ATM di Taman Midah hilang

aku dengar berite ni pun aku terkejut, Mesin ATM di Taman Midah hilang ... akhirnye rompakan ke atas ATM berjaya walaupun sebelum macam2 beriter kite dengan tentang usaha2 perompak 2nd class gagal. Kali ni memang agak menarik, mereka berjaya.

dalam beriter ni tak berape jelas ATM bank maner yang hilang, cuma nama Taman Midah aku tahu. Berita penuh di bawah.


Mesin ATM di Taman Midah hilang

bank kerugian lebih RM300 ribu | 2011/11/08

KUALA LUMPUR: Sebuah bank di Taman Midah, Cheras kerugian kira-kira RM316,000 apabila satu daripada lapan mesin juruwang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan individu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 3 pagi, apabila kereta peronda polis yang lalu di kawasan tersebut melihat dua bahagian cermin yang menempatkan mesin berkenaan pecah.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mesin ATM itu dilarikan dengan cara mengheretnya menggunakan kenderaan berat.

"Kedudukan mesin yang terletak berhadapan dengan pintu masuk memudahkan suspek melarikan mesin itu. Kemungkinan mesin itu diheret dengan menggunakan lori atau kenderaan jenis pacuan empat roda," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohan Singh berkata, siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kegiatan itu dilakukan oleh lima hingga enam lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Kita percaya mereka melakukan kegiatan itu dengan hanya mengambil masa lima hingga 10 minit dan kesemua suspek tidak memakai penutup muka (topeng) bagi menyembunyikan identiti mereka.

"Siasatan awal juga mendapati alat penggera tidak berfungsi dan premis ketika itu tidak diawasi oleh pengawal keselamatan. Bagaimanapun, kita sedang meneliti rakaman CCTV di dalam dan luar premis itu," katanya.

Mohan Singh berkata, mesin itu ditemui semula di Hulu Klang, Ampang dekat sini oleh orang awam, kira-kira jam 11 pagi, namun semua wang tunai berjaya dilarikan.

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92840083 atau hubungi terus Inspektor Aniza Murad di talian 012-5413005," katanya. - BERNAMA

Sumber berita : bharian.com

tapi sedikit pelik dalam berita Mesin ATM di Taman Midah hilang, nampak tak ayat yang diboldkan tu? dah lah sumber asal dari Bernama, bharian tak nampak ker ayat tu pelik, wakaka

Comments

  1. dah makin maju per0mpak2 nie kann..ishh2

    ReplyDelete
  2. @cik Kartun

    tu la pasal, hari ni depa ambik ATM, entah2 2-3 tahun lagi depa ambik lari bank pulak..ekeke

    ReplyDelete
  3. muahahahaha...kesemua suspek tidak memakai topeng muka bagi menyembunyikan identiti...Lol.. ayat apakah?




    onie rasa onie perasan something! dah tukaq nuffnang dah,hehe....

    ReplyDelete
  4. @onie
    hehe, betul tu onie, saya dah tukar nuffanng dari adverlets tu..ekeke, thanks untuk info dari onie.

    ReplyDelete
  5. @rebellist duck bawa lari bank tu tak tahan hahaha.

    ReplyDelete
  6. haha, maner tahu kan depa dapat teknologi tu, macam Uchiha Madara, ekeke, ke guane abang @shah Blogger

    ReplyDelete
  7. hebat bener malingnya...semakin canggih ya :-)

    ReplyDelete
  8. @busanamuslim-tanahabang.blogspot

    mestilah tuan.

    jauh datang ni, semata-mata2 mau komen, ekeke

    ReplyDelete
  9. usaha tangga kejayaanlah tu... tapi lupa topeng... silap tul.

    ReplyDelete
  10. @Liza @ Adzriel AB
    mungkin tertinggal topeng dalam kereta kot, nak cepat katakan, ekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia