Skip to main content

Najwa Latif tak guna

BILA sudah popular, pelbagai cerita sama ada baik atau buruk seseorang selebriti itu akan diselidik dan dihebahkan kepada umum.

Bagaikan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan selebriti lebih-lebih lagi bergelar anak seni yang menceburi dunia lakonan atau nyanyian.

Begitu juga dengan penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang sudah dilanda sensasi walaupun masih setahun jagung.

Dia dikatakan mempunyai krisis keluarga dan Najwa tidak dapat menerima apa yang berlaku ketika itu.

Ibarat angin lalu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini tidak gentar dengan setiap kritikan yang diberikan oleh peminat berikutan masalah tersebut.

Dia menerimanya dengan positif lebih-lebih lagi apabila ramai peminat yang masih memberikan sokongan kepadanya untuk meneruskan karier seni.

Najwa Latif Tak Guna Pencuci Muka


“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat.

“Apabila mempunyai keluarga, mereka akan mengingatkan saya untuk belajar menjadi diri sendiri dan mengajar untuk lebih kuat.

“Saya juga menguruskan setiap masalah yang berlaku dengan berfikir secara positif. “Tetapi jika terlalu stres, saya akan makan kot!,” katanya sambil tertawa.

Dari segi pengurusan diri dan kecantikan, tidak banyak perkara yang dapat dikongsikan kerana Najwa seorang remaja yang lebih suka bersederhana sesuai dengan usianya.

“Saya bukanlah seorang yang obses dengan kecantikan. Untuk penjagaan kulit wajah, sebenarnya saya tidak mengamalkan apa-apa produk sebaliknya hanya membasuh muka dengan air biasa kerana mak tidak menggalakkan saya menggunakan sebarang produk.

“Selain itu, saya juga jarang bersolek dan hanya mengenakan solekan nipis dengan bantuan kakak saya, Syafiqa. Namun, selepas menggunakan alat mekap, saya akan pastikan kulit muka saya bersih dari solekan dengan menggunakan produk penanggal mekap.

“Fesyen pula, saya gemar pakaian yang sopan dan selesa dipakai. Selain suka mengubah-ubah cara pemakaian tudung di YouTube.

“Selain itu, saya banyak mengamalkan minum air masak dan makan semua jenis makanan,” ceritanya
______________________________________________________________________________________
Sebenarnye aku terkena dengan tajuk "Najwa Latif Tak Guna" mase baca forum Carigold tadi, jadi sebagai tanda tak puas hati aku, aku nak kenakan readers blog aku ni semula..haha

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car...

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia

Hampir 3 bulan aku tak update blog Top 5 ini dan hampir 5 bulan aku tak buat Top 5 Blog Terkenal atau mungkin terbaik di Malaysia yang sudah pasti dikendalikan oleh blogger terkenal di Malaysia. Kali ini untuk Edisi Mei 2012 aku tak ada banyak perubahan dari segi penilain blog mana yang terkenal hanya menggunakkan Ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com . Apa yang boleh aku simpulkan, rakyat Malaysia semakin gemar membaca gosip2 artis dan hiburan, tak tahu kenapa, mungkin kerana banyak skandal2 s#ks para pemimpin terkenal Malaysia masa kini. Mungkin trend ini akan berubah apabila pilihanraya hampir nanti? Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi Mei 2012