Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Jangan bimbang Karpal Singh

Kata2 Karpal Signh bersumberkan thesundaily.my : Hudud is catalyst to more crime, Karpal claims GEORGE TOWN (Oct 30, 2011): DAP chairman Karpal Singh has claimed the implementation of hudud will usher more crime, as criminals will not be easily convicted in Islamic courts due to its stringent requirements. “If you have hudud law, it would be impossible to have a conviction. It would give free reign for criminals because it would be impossible to prove a case to the point of certainty,” he told a press conference here, today. The Bukit Gelugor MP said the argument that hudud law can deter crime is not well supported, citing adultery as an example, as a person can only be convicted if there are four eye-witnesses who are upright Muslims. "This is an impossible scenario," he said. Karpal said in the early 1990s, he had questioned the Home Minister in Parliament about whether there had been improvement in the crime situation after the Dangerous Drugs Act 1952 had be

Kisah hidup Imam Shafie ditangkap dan dirantai

Imam Shafie antara 4 imam besar dalam Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah yang mana mazahabnya kite guna pakai dalam negara kite ini. Hari ni sedikit kisah Imam Shafie yang hampir dihukum oleh pembesar negara pada masa itu. Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kemba

Slam Dunk manga anime donwload mediafire

dah lama tak layan citer Slam Dunk ni, tetibe pulak rase nak tengok. Citer ni dah agak lama. Jom review semula, Sinopsis Cerita: Sakuragi Hanamichi merupakan seorang pelajar lelaki Sekolah Tinggi Bandar Shohoku. Dia pernah ditolak cintanya oleh 50 orang pelajar perempuan semasa di sekolah menengah. Salah seorang pelajar perempuan yang menolak cintanya berkata “saya sudah terpikat dengan Oda dari pasukan bola keranjang”. Semejak dari itu, dia amat benci apabila mendengar perkataan bola keranjang. Sesiapa yang menyebut perkataan itu dihadapannya pasti dibelasah dengan teruk. Namun, pada suatu hari seorang pelajar perempuan yang cantik bertanya kepadanya tentang bola keranjang, lantas dia terus berubah sikap dan terus meminati bola keranjang. Perempuan itu bernama Akagi Haruko dan Sakuragi Hanamichi jatuh cintakan kepadanya. Tetapi haluan cinta Sakuragi terhalang kerana Haruko meminati Rokawa Kaede. Rokawa pula merupakan seorang pemain bola keranjang yang handal sejak sekolah menega

Hutang Kerajaan Pulau Pinang berkurang 95%

Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini. Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). "Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi. Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan. Katanya, berbanding d

Selamat Datang Negara Terbaru di Dunia - Sudan Selatan

Selepas berdekad-dekad peperangan dan berjuta-juta kematian dicatatkan, hari ini tepat pukul 12.01 pagi dihadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Sudan dan pembesar-pembesar asing menyaksikan negara terbaru di dunia dilahirkan pada hari Sabtu (9/7/2011) . Bendera Rasmi Sudan Selatan Sejarah Penubuhan Sudan Selatan Kemerdekaan datang enam bulan selepas referendum pada Januari di mana hampir 99 peratus rakyat Selatan Sudan mengundi untuk berpisah dari negeri di utara. Undi diberi mandat oleh Perjanjian Damai Komprehensif, perjanjian 2005 yang bertujuan untuk mengakhiri perang saudara yang berdekad-dekad. Kira-kira 2.5 juta orang terbunuh dalam konflik antara pemberontak di selatan dan kerajaan di Khartoum. Kebanyakan Selatan Sudan berkata mereka kini bosan dengan perang dan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi. Negeri yang baru di Selatan Sudan adalah salah satu yang paling miskin dan paling mundur di dunia, tetapi ramai yang seolah-olah yakin bahawa kemerdekaan dari uta

Najib dimalukan di Australia

Tangga 26 Oktober 2011, Perdana Menteri Malyisa kite, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Perth, Australia pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang. Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas. Itu yang mengucapkan selamat jalan kepada Najib dan ketibaan Najib di Perth pula telah disambut dengan meriahnya pula oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia. Dengan berpakaian 'T' Shirt kuning mereka menyambut Najib dan rombongannya yang bakal menghadiri sidang CHOGM tersebut. Najib dimalukan lagi. Saksikan meriahnya Najib dimalukan

Fahami maksud sebenar Prinsip Keadilan

Prinsip Keadilan adalah amat berbeza dengan kesamarataan atau sama rata. Aku bukan nak cerita pasal Parti Keadilan Rakyat disini. Semalam dalam program Soal Jawab di TV3 membincangkan realiti perpaduan kaum di Malaysia. Yang menarik perhatian aku tentang ketidakpuasan hati Kaum yang lain terhadap kelebihan yang dikecapi kaum yang lain. Banyak dipersoalkan tetapi idea utama di sebalik fakta2 yang dikemukan ahli panel program tu cukup jelas. Fundamental kepada persoalan perpaduan banyak dikaitkan dengan pendidikan dan tolenrasi dan yang penting memahami antara satu sama lain. Antara yang disebut, kaum lain di Malaysia mesti menerima Hak Keitemewaan Orang Bumiputra sebagai tukaran kepada Hak Kewarganegaraan yang diterima mereka. Kedua-duanya saling berkait, sekiranya dipersoalkan hak keistemewaan bumiputra, secara langsungnya hak kewarganegaraan kaum lain seperti china, india dll boleh dipersoalkan, orang Melayu terutamanya mesti jelas dengan pekara ini. Pembahagian bantuan kewanga

Wordless Wednesday (#4) Hadapi Masalah sendiri

Apakah maksud Wordless Wednesday? Sebuah program peringkat antarabangsa yang jugak disokong oleh blogger tempatan di Malaysia. Tiada perkataan, hanya gambar sahaja. Bak kate orang tua dahulu kala " A picture is worth a thousand words ". Sesiapa sahaja boleh sertai, tiada deposit, yuran atau pun apa jua jenis bayaran atau downpayment atau mungkin juga duit muka yang sesetengah orang panggil duit pendahaluan atau tak lupa juga yang panggil dengan bayaran pengenalan dan mungkin dengan panggilan...

Adolf Hitler pun nak marah dengan FAM

isu harga tiket Final Piala Malaysia dan juga isu tempat perlawanan menjadi punca kemarahan dan bantahan orang ramai kepada FAM. Harga tiket sampai RM50 dan lokasi perlawanan yang ditetapkan di Shah Alam pun menjadi tanda tanya orang ramai kepada FAM. Memang betul2 takde semangat kesukanan langusung la FAM ni, macam mane depa boleh terfikir nak naikkan harga tiket, jangan bunuh semangat bola sepak orang kita. Bukan selalu rakyat Malaysia jadi semangat dengan bola sepak kita ni. Di Malaysia, Piala Malaysia lebih menarik berbanding liga utama iaitu Liga Super. Bukan nak fikir untuk senangkan peminat bola sepak sendiri, dah la adakan final ni di Stadium Shah Alam, bukan di Bukit Jalil macam kebiasaan. Stadium Shah Alam ni sempit pastu parking pun payah weeii. Harga tiket pun nak dinaikkan. Ramai yang fikir nak boikot, banner2 segera pun banyak diletakkan di negeri sembilan dan terengganu. Rakyat Terengganu dapat sedikit kelebihan, harga tiket. Sumber Utusan, laporan seperti dibawa

Bagaiaman Bank Rothschild (yahudi) iaitu Penjenayah Ekonomi Antarabangsa bertapak di Malaysia

Sumber artikel ini aku dapat di Carigold.com , ikuti kupasan Bank Rothschild melalui Goldman Sachs Bank bertapak di Malaysia. Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali. Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah

Satelit Rosat Jerman kembali ke bumi

Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang rosak atau tidak berfungsi lagi telah keluar dari orbit, dan bahagian-bahagian itu dipercayai telah sampai ke permukaan Bumi, tetapi lokasi satelit tersebut jatuh masih belum diketahui. sumber: German Aerospace Center (DLR) Roentgen Satellite (Rosat) telah memasuki semula rungan atsmosfera ahad, antara 0245 ke 0315 waktu GMT selepas beroperase 21 tahun di angkasa. Proses re-entry mengambil masa lebih kurang 15 minit atau kurang. Para saintis masih cuba untuk lokasi sebenar untuk mencari serpihan jika ada. Rosat adalah hasil dari program kerjasama antara Jerman, Uk dan Us. Satelit ini yang pertama untuk meninjau ruang angkasa dari sumber X-ray untuk mencari haba, proses high-energy seperti bintang neutron dan lubang hitam. Semasa penutupan operasi satelit pada tahun 1999, Rosat telah mengesan 80,000 sumber cosmic X-rays dan data yang diperolehi digunakan oleh lebih 4,000 orang saintis dari 24 buah negara. Dengan berat 2,426kg (2.6 tan) s

RM407billion hutang Malaysia 2010 | Ketua audit negara

Hutang Negara Malaysia meningkat kepada 12.3% ke paras RM407 billion tahun lepas mengikut dari laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara hari ini. Walaupun ekonomi berkembang dengan 7.2% pada tahun 2010, tetapi dengan defisit yang kekal melebihi 50% daripada KDNK untuk tahun ke-2 berturutt. Ketua Audit Negara bekata di dalam laporannya bahawa kerajaan berhutang 53.1% dari KDNK bermakna sedikit penurunan dari tahun lepas, 53.7%. "The ratio of the federal government debt to GDP at the end of 2010 is 53.1 per cent, over 50 per cent for the second year running," Tan Sri Ambrin Buang Ini laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara sendiri yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, sumber berita dari themalaysianinsider.com RM407 billion untuk tahun berakhir 2010, dan belanjawan baru2 ni diumumkan dengan defisit sekurang-kuranya 4.6%. Bayangkan pertambahan hutang negara yang makin besar. Rakyat Malysia seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada tahun lepas se

top 5 carian yang meningkat di Google bulan ini

maksud top 5 carian yang meningkat di Google.com.my bulan ini di Malaysia berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Google sendiri, yang meningkat bukan yang terkenal yer, jangan salah faham, kalo tersalah faham, ketuk kepala sendiri. Jom kita lihat keyword atau kata kunci yang meningkat naik cariannya di Google. Secara tepatnya statitstik ni dikeluarkan sejak 30 hari kebelakangan ini bukan bulan ni, (bulan ni tak habis lagi der) 1. iPhone 4S nampaknya rakyat malaysia tak nak ketinggalan dalam teknologi telekomunikasi sekarang, aku pun mesti salah sorang yang menyumbang kepada kenaikan tetiba keyword ni, hehe 2. bajet 2012 hmm, memang la kan. Masing2 tertunggu perbentangan bajet 2012 dari PM kita terutamanya kerana keadaan ekonomi global yang tak menentu ni dan infalasi yang meruncing di negara kita ni sekarang, untuk pengetahuan semua, bajet tahun ni dengan defisit sebanyak 4.6% 3. nada cinta ni drama indonesia ni, agaknya popular jugak kat malaysia ni, tak sangka lak aku seba

Ribuan juta dollar untuk seorang lelaki

Billion-dollar man, 1 billion untuk seorang dikatator. Sumber dari Pentagon mengatakan sebanyak USD$1.1 billion dibelanjakan untuk kepala Muammar el-Qaddafi dan itu baru sahaja perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan (Defense Depatrment) Amerika. Jumlah USD$ 1.1 billion itu masih lagi tidak dicampur dengan CIA (State Deparment) dan Nato juga lain negara yang terlibat. Dengan bangganya Amerika mengatakan tiada rakyatnya terbunuh dalam revolusi di Libya ini, sumber dari Nationaljournal.com . Muammar el-Qadaffi yang terbunuh dalam serangan NATO dan heboh dibicarakan dan diberitakan oleh media arus perdana serta tidak ketinggalan blogger2 di seluruh dunia dan di Malaysia sendiri. Kali ini, Amerika kehilangan seorang pemimpin negara yang membenci barat serta kapitalisme dalam ekonomi dunia. Siapa tidak kenal dengan Muammar, seorang pemimpin yang tegas dan dikatakan seorang diktator. Gaddafi pernah melemparkan buku perlembagaan PBB semasa persidangan PBB dan dia hanya mener

siapa ada masalah, tanya beliau

hoho, aku tak tahu mende ni baru ke atau dah lama tapi aku nak share jgak, korang ade pe2 persoalan yang ingin dijawab, yup, beliau tu bermaksud sebuah laman web, lama web tersebut ialah :  cleverbot.com , bagus ni, korang vuba lah tanya apa sahaja soklan yang berkenan. antara soalan yang aku tanya, siapakah aku, jawapan celeverbot = bapak kau (main kasar tu der) kenapa aku kacak, jawapan celeverbot = kau bapok (yang ni main lembut pulak...) cuba lah main2 dengan mende2 ni, seronok gak hilangkan tension petang2 ni. kalo ko tak sudi, apa nak dikatakan.rekod perbualan lain: User: What is Cleverbot? Cleverbot: You are Cleverbot. User: Are you as well? Cleverbot: Yes. User: How can we both be Cleverbot? Cleverbot: We can't. User: But you said I am Cleverbot and you are as well. Cleverbot: You are a computer. User: No, I am a human typing on a computer. You are the internet. Cleverbot: I am a human typing on a computer. User: What is your location? Cleverb

Kebebasan AKademik di Malaysia semakin teruk

huh, hari ni diberitakan tentang pergantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, UIA. Siapakah dr aziz ni? seorang pakar undang2 dan perlembagaan Malaysia sewajaranya dengan jawatan pensyarah falkulti undang2 yang beliau bertugas. Haha, hari ni UIA ambik tindakan untuk menggantung beliau kerana 2-3 hari ni dr.aziz semakin menyerlah dalam isu2 panas terutamanya tentang titah sultan. Hari ni, bersumberkan info dari harikahdaily.net , Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulla turut sedih dengan berita ini. Ok, siapakah secara ringkasnya dr.aziz ni bagi yang tak tahu lah, al maklumlah kalo bab artis dan gosip memang laju dan penuh ilmu didada. dr.aziz bukan ahli politik, dia lebih gemar bercakap sesuatu isu bersandarkan perlembagaan negara. Jadi, adakah dia ni berpihak kepada Pas atau Umno? pro-kerajaan atau pro-pembangkang? dia lebih kepada neutral dan sememangnya terbukti. Pada suatu mase, Pas tidak gemar dengan sikap dr.azi

Wordless Wednesday (#3) yang mana palsu

Apakah maksud Wordless Wednesday? Sebuah program peringkat antarabangsa yang jugak disokong oleh blogger tempatan di Malaysia. Tiada perkataan, hanya gambar sahaja. Bak kate orang tua dahulu kala " A picture is worth a thousand words ". Sesiapa sahaja boleh sertai, tiada deposit, yuran atau pun apa jua jenis bayaran atau downpayment atau mungkin juga duit muka yang sesetengah orang panggil duit pendahaluan atau tak lupa juga yang panggil dengan bayaran pengenalan dan mungkin dengan panggilan...

Terminal kapal angkasa pertama Virgin Atlantic dibuka secara rasmi

Richard Branson (tengah) mengejutkan para hadirin apabila muncul bersama artis menuruni dinding bangunan menggunakan tali di hangar Spaceport America di New Mexico, Amerika Syarikat, kelmarin. - AP LONDON 18 Okt. - Jutawan Britain, Richard Branson hari ini merasmikan pembukaan lapangan terbang kapal angkasa yang pertama di dunia bernilai AS$209 juta (RM627 juta) bagi memberi peluang kepada pelancong untuk terbang ke orbit. Terminal itu dibina di kawasan gurun di New Mexico dan akan memulakan operasi pada tahun depan. Terminal tersebut akan menempatkan kapal angkasa Virgin Galactic, pusat kawalan misi dan kawasan menunggu khas apabila penerbangan pertama dijangka berlepas pada akhir 2012. Semasa upacara pembukaan, jutawan tersebut disertai Gabenor New Mexico, Susana Martinez, angkasawan Buzz Aldrin serta orang ramai bagi menyaksikan ciptaan unik itu. Syarikat Virgin kini dalam usaha melakukan ujian roket di lapangan terbang itu. "Lapangan terbang itu sangat hebat dan me

Top 5 bangunan tertinggi di dunia

hut-hut-hut, dah lama aku tak buat post tentang top 5, hari ni aku nak buat top 5 tallest building in the word ( macam tajuk di atas). Jadi ni latest info yang aku dapat dari website top5ofanything.com, semoga berguna untuk semua yang membaca. 1. Burj Khalifa -- 828 m -- 2,717 ft 2. Taipei 101 -- 509 m -- 1,671 ft 3. Shanghai World Financial Center -- 492 m -- 1,614 ft 4. International Commerce Centre -- 484 m -- 1,588 ft 5. Petronas Tower 1 -- 452 m -- 1,483 ft Fakta menarik Jumlah air yang dikumpulkan dari sistem penyejuk udara bangunan Burj Khalifa (yang sebenarnya bernama Burj Dubi) setahun dikatakan bersamaan dengan 20 kolam renang bersaiz Olimpik. Air tersebut di guna semula untuk landscape. Perubahan design struktur bangunan Shanghai World Finance Center menelan belanja Usd$200 juta berikutan kecanggihan design yang mana mengandungi system struktur re-design, re-desgin dan menambahkan ciri2 keselamatan yang diaplikasikan selepas peristiwa 11 September. Pembinaan

Top 5 blog terkenal di Malaysia terkini | October 2011

hoho, top 5 blog terkenal di malaysia datang lagi, siapakah blogger yang berjaya menempatkan blog mereka di tahap yang tertinggi di Malaysia berdasarkan ranking Alexa.com. Banarkah penyenarain saya ini? Siapakah Alexa.com? kalo korang nak tahu walaupun dah tahu, alexa.com adalah penyedia ranking terbaik untuk website dan weblog di dunia dengan mendapat pengiktirafan oleh google.com! sebagai SE terbaik.Jom perhatikan list dibawah disampaing sedikit ulasan kedudukan. 1. beautifulnara.com - alexa ranking: 53 di My - Pagerank: 3 masih mengekalkan kedudukan blog No.1 di malaysia dengan mengfokuskan blognya tentang gosip, sebagaimana yang tertulis di blognya: marilah bergosip secara berhemah. yup, blog paling terkenal di Malaysia masih lagi kekal blog gosip dan bukti bahawa komuniti gosipper makin berkembang. Adakah blog ini akan terus mendominasi kedudukan blog per-1 di Malaysia? 2. blogserius.blogspot.com - alexa ranking: 81 di My - Pagerank: 2 serius hebat blog ni, dengan hanya

Occupy Wall Street | Rakyat Amerika Mengajak Seluruh Dunia Bangun Menentang Kapitalisme

Semalam 15 Oktober 2011, lembaran sejarah Amerika, rakyatnya sendiri mengajak seluruh dunia bangun menentang kapatilisme. Occupy Wall Street adalah pergerakan tanpa halangan ketua @ "leaderless resistance movement" dengan merangkumi pelbagai bangsa, jantina and fahaman politik. Hanya satu matlamat yang sama iaitu Kami Adalah 99% yang tidak lagi akan bertolak ansur dengan ketamakan dan korupsi dari golongan 1%. Kami menggunakan taktik revolusi arab untuk mencapai tujuan kami dan untuk We are using the revolutionary Arab Spring tactic to achieve our ends and untuk menggalakan cara penentangan tanpa kekasaran untuk memastikan dan memaksimum keselamatan kesemua yang terlibat. gambar dan video di seluruh dunia yang terlibat dengan pergerakan ini. sumber: occupywallst.org