Hari ini pasti ramai orang akan berbincang tentang kelebihan perlaburan dengan emas tetapi sebenarnya emas adalah penyimpan nilai dan turun naik emas kerana nilai wang ringgit yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini dipagi yang indah ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku dengan emas berkaitan Masa Terbaik Membeli Emas . Sekiranya anda fikir untuk menyimpan emas dalam tempoh yang lama seperti 5-10tahun atau lebih, setiap hari dan ketika adalah masa terbaik untuk membeli emas. Tetapi sekiranya anda berfikir untuk mendapatkan retun tahunan yang jelas atau jangka masa pendek perlukan ketelitian dan sedikit pengetahuan tentang turun naik harga emas dunia. perhatikan graf diatas, harga emas untuk akhir tahun ni menurun dengan kadar yang agak drastik. Ramai penganalisis meramalkan harga emas akan turun sehingga krismas, ada yang katakan hingga akhir tahun dan ada juga yang katakan hingga Hari raya China tahun depan yang dijangka pada bulan Januari 2012. Untuk yang kali perta...
Blog ulasan tentang pilihan top 5