2-3 minggu ni aku agak sibuk dengan masalah keluarga yang melanda aku, dah lama tak update blog dengan info berguna kan. Jadi hari ni, aku macam biasa memulakan hari aku dengan membaca forum di Malaysia ni, bagi aku forum ialah tempat terbaik untuk mencari maklumat selain blog rakan2.
aku berminat dengan sejarah ni, jadi aku nak kongsikan dengan pembaca-pembaca blog aku ni yang setia mengujung ke sini.
Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.
Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.
Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.
Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.
Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.
Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.
2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.
Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.
Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.
Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.
Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.
Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer.
Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan.
Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.
Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah.
Grand Prix Johore tidak terlepas dari tragedi apabila pada 1963, pelumba Yong Kee Nam yang mewakili Malayan dan dikenali sebagai Fatso Yong menemui ajal selepas kereta Jaguar D-Type yang dipandu dengan kelajuan 200km/j merempuh tiang dan terbelah dua.
Sumber | Sumber
Grand Prix pertama di Tanah Melayu

1960 Johore Grand Prix |
Freddy Pope | Jaguar, 1953 Johore Grand Prix |
Au Nai Fai | Jaguar,1953 Johore Grand Prix |
Grand Prix Johore tidak terlepas dari tragedi apabila pada 1963, pelumba Yong Kee Nam yang mewakili Malayan dan dikenali sebagai Fatso Yong menemui ajal selepas kereta Jaguar D-Type yang dipandu dengan kelajuan 200km/j merempuh tiang dan terbelah dua.
Sumber | Sumber
Comments
Post a Comment