Skip to main content

Fahami maksud sebenar Prinsip Keadilan

Prinsip Keadilan adalah amat berbeza dengan kesamarataan atau sama rata. Aku bukan nak cerita pasal Parti Keadilan Rakyat disini. Semalam dalam program Soal Jawab di TV3 membincangkan realiti perpaduan kaum di Malaysia. Yang menarik perhatian aku tentang ketidakpuasan hati Kaum yang lain terhadap kelebihan yang dikecapi kaum yang lain.

Banyak dipersoalkan tetapi idea utama di sebalik fakta2 yang dikemukan ahli panel program tu cukup jelas. Fundamental kepada persoalan perpaduan banyak dikaitkan dengan pendidikan dan tolenrasi dan yang penting memahami antara satu sama lain.

Antara yang disebut, kaum lain di Malaysia mesti menerima Hak Keitemewaan Orang Bumiputra sebagai tukaran kepada Hak Kewarganegaraan yang diterima mereka. Kedua-duanya saling berkait, sekiranya dipersoalkan hak keistemewaan bumiputra, secara langsungnya hak kewarganegaraan kaum lain seperti china, india dll boleh dipersoalkan, orang Melayu terutamanya mesti jelas dengan pekara ini.

Pembahagian bantuan kewangan, peratusan penjawat awam mengikut bangsa, peratusan pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Awam mengikut bangsa, ini adalah yang dipersoalkan iaitu kuota. Disini mengapa kita perlu tahu bahawa prinsip keadilan amat penting difahami supaya rasa tidak puas hati itu tidak timbul.

Prinsip keadilan berkait rapat dengan komposisi kaum jika kita mengambil dari segi pembahagian dana. Sebagai contoh, kerajaan membahagikan peruntukan RM100 Juta bagi setiap jenis sekolah mengikut aliran bangsa masing2. Jadi sekolah cina, india dan melayu mendapat agihan yang sama sedangkan bilangan sekolah jauh berbeza.

Bayangkan sekiranya ada 100 buah sekolah melayu atau kebangsaan, 50 buah sekolah cina dan 20 buah sekolah india, jadi tidak adil bagi sekolah kebangsaan, mereka perlu bahagikan RM100 juta kepada 100buah sekolah tetapi sekolah india dan china yang kurang mendapat peruntukan yang sama. Jadi di sini hak sama rata atau kesamarataan tidak dapat digunakan. Maka Prinsip Keadilan mesti digunakan dengan sebaiknya.

Dalam perbincangan semalam juga, masalah sekolah yang berbeza-beza mengikut kaum juga menjadi penghalang besar kepada perpaduan yang kukuh. Orang cina di sekolah cina, orang melayu di sekolah kebangsaan dan orang india di sekolah india, jadi sejak kecil lagi mereka tidak didedahkan dengan perpaduan, hidup bersama dengan berkongsi.


Fundamental kepada perpaduan sudah tentulah bermula dari akar, anak2 perlu dididik untuk memahami budaya antara kaum, bukan sekadar mengenali tetapi memahi dan marasainya sendiri sejak dibangku sekolah. Seorang ahli panel semalam berkata, kurikulum pembelajaran anak2 kite sekarang ni lebih menekankan kepada "content" dan bukan kepada "process".

Secara jujurnya, perbincangan semalam di program Soal Jawab masih kurang "bebas". Aku sebenarnya merasakan  perpaduan di Malaysia sekarang ni masih ditahap memuaskan, 60% (suka hati aku jer). Hmm, jangan kita kecilkan masalah perpaduan ini dan pentingnya memahami prinsip keadilan yang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki