KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-78 bagi kebebasan ekonomi dalam Laporan Tahunan 2011: Kebebasan Ekonomi Dunia, sejajar dengan penurunan seluruh dunia dan disebabkan terutamanya saiz kerajaan.Sumber : carigold.com dan ideas.org.my
Laporan oleh Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu dilancarkan di sini, hari ini, di Persidangan Asia Kebebasan Ekonomi 2011.
"Tahun lepas, kita berada di kedudukan ke-77 tetapi tahun ini kita jatuh satu tangga kepada 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia telah turun sejak beberapa tahun dan ini satu aliran yang membimbangkan," kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya di sini hari ini.
Beliau berkata, negara memperoleh skor sifar di bawah kategori kecil 'Pelaburan dan Perusahaan Kerajaan'. Ini, katanya, menunjukkan tahap pembabitan kerajaan dalam ekonomi menerusi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sangat membimbangkan.
"Sejak 1995, saiz kerajaan semakin meningkat," katanya.
Laporan tahunan itu dikeluarkan oleh Fraser Institute, kumpulan pemikir dasar awam utama Kanada secara kerjasama dengan institut bebas di 85 negara dan wilayah. Rakan kongsi di Malaysia ialah IDEAS.
Dari 2006 hingga 2011, Malaysia berada di kedudukan ke-53, ke-60, ke-72, ke- 66, ke-77 dan ke-78. (42 indeks berbeza itu, mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan sifar paling rendah dan 10 terbaik).
Sementara itu, dari 2006 hingga 2011, Singapura mengekalkan kedudukan kedua, manakala Indonesia berada di kedudukan ke-8, ke-86, ke-101, ke-93, ke-90 dan ke-84, Thailand berada di kedudukan ke-60, ke-60, ke-56, ke-59, ke-58 dan ke-65 manakala Vietnam pada kedudukan ke-88, ke-97, ke-108, ke-101, ke-105 dan ke-88.
Wan Saiful berkata, Malaysia mencatatkan prestasi baik dalam bahagian "Peraturan Kredit, Buruh dan Perniagaan" dan ia bertambah baik dalam bidang ini sejak 1980.
"Ia suatu yang baik yang kerajaan menyedari keperluan untuk merasionalkan pembabitannya dalam ekonomi, dan terdapat rancangan untuk melupuskan pegangannya dalam pelbagai GLC serta meliberalisasikan sektor yang berbeza.
"Ini mustahak dan ia perlu diperbaharui," katanya.
Kaji selidik yang dijalankan bagi Indeks itu menunjukkan hubungan jelas antara kebebasan ekonomi, kemakmuran dan pendapatan nasional kasar (GNI).
Ni laporan yang di keluarkan oleh ideas.org.my dengan pakar2 yang mereka sediakan dalam menganalisis kebebasan ekonomi sedunia. Secara jelas kite tak nampak kesannya secara langsung kepada negara kite, tetapi dengan pendedahan betapa kurangnya penglibatan kerajaan dalam GLC (goverment link company) sesuatu yang perlu dipertikaikan.
Mas Bhd sebagai contoh sebuah syarikat GLC yang mengalami kerugian sejak kebekangan ini kerana kurang daya saing dan pengurusan yang lemah. Mas Bhd baru2 ini mengumumkan kerugian yang agak besar pada laporan suku tahun keduanya. Memang kurang yang ambik berat pasal mende2 ni. Tetapi mende2 ni semua yang penting untuk menarik perlaburan luar disamping insentif2 biasa. Kerajaan perlu lebih berusaha untuk melibatkan diri dalam perlaburan ini.
Tetapi usaha kerajaan dalam Peraturan Kredit, Buruh dan Perniagaan mendapat kesan yang baik. Dengan cuba mengliberalisasikan syarikat GLC dengan mengurangkan pegangan dalam GLC, kerajaan secara rasional memikirkan pembabitannya dalam ekonomi.
ok lah, aku rase tak banyak orang2 muda sekarang ambik berat dalam permasalahan ekonomi negara, mungkin mereka lebih sukakan gosip2 artis. Sebenarnya bukan susah sangat nak tahu keadaan ekonomi sekarang walaupun dalam arus perdana dengan bangganya mengatakan ekonomi kite semakin meningkat, sebenarnya benchmark mana yang depa gunakan?
bestnyaaaaaaaa
ReplyDeletemendenye best?
Delete