Top 5 Universiti Terbaik 2012/2013

Laporan Universiti Terbaik di dunia dan di Malaysia untuk tahun 2012/2013 baru sahaja dikeluarkan oleh "QS World University Rankings 2012/13" (topuniversities.com). Pada tahun lepas kita dah dapat lihat senarai ranking 2011/12 yang dikeluarkan mereka, tapi siapakah mereka?


universiti terbaik malaysia 2011/2012
QS is the most trusted on-line and off-line meeting place for all candidates, schools and businesses for career and educational related decisions. We are a medium-sized company with over 150 staff in offices throughout the world: London, Paris, Singapore, Shanghai, Boston, Washington DC, Johannesburg and Alicante. A multi-cultural employee base, there are 26 languages spoken in the marketing department alone. The QS World MBA Tour travels to 70 cities in 39 countries enabling over 50,000 ambitious MBA candidates to meet face-to-face with high calibre business schools. The QS World Grad School Tour visits 47 cities in 31 countries bringing the complete A to Z of postgraduate programs to over 40,000 interested masters and PhD students.




Pencuri gunakan BMW pecah masuk Kedai Apple



Sekumpulan pencuri menggunakan SUV BMW untuk pecah masuk terus ke kedai Apple di California tetapi polis berjaya memberkas mereka apabila dia kembali semula ke tempat kejadian untuk mengambil semula nombor plate SUV mereka.

Kejadian ini berlaku pada 6hb September di Premenade Mall, Temecula, California.

Polis berkata, Equonne Howard, 22, menggunakan BMW X5 untuk memecahkan pagar keselamatan besi dan tingkap kaca lebih kurang pukul 5 pagi

Apa citer diorang ni guna BMW X5 untuk pecah masuk semata-mata curi barangan Apple, tak sabar tunggu iPhone 5 launch la ni, ekeke. Layan video Jom

Pencuri gunakan BMW pecah masuk Kedai Apple



Double Six - Sejarah Hitam Rakyat Sabah

sejarah double six di sabah

Pada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.

Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:

sejarah double six

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six
sejarah

Peristiwa double six di sabah

mengapa double six di sabah

sejarah double six

sejarah double six

double six

sejarah double six di sabah

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Persoalan Peristiwa Double Six

  • rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar?
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.

The fact -> Royalti Minyak yang Sabah terima sekarang ialah 5% dan adalah negeri termiskin di negara Malaysia

Sumber


Krisis Minyak Di U.S. Pada Tahun 1973

Krisis minyak dunia terjadi pada 15 Oktober 1973 hingga sekitar 1975.

Naiknya harga minyak yang ditetapkan oleh OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) dan pembiayaan tinggi yang dikeluarkan Amerika Syarikat pada Perang Vietnam menyebabkan terjadinya stagflasi di Amerika Syarikat.

Anggota OPEC sepakat untuk menggunakan pengaruh mereka atas dunia-harga minyak untuk pengaturan mekanisme untuk menstabilkan pendapatan bagi mereka dengan meningkatkan harga minyak dunia.

Gambar Krisis Minyak Amerika Syarikat Tahun 1973











 



Kisah 7 Penjahat Yang Susah Mati

Hari ni aku ingin tentang kisah penjahat susah mati pulak kali ini.


1. Edward Teach a.k.a Blackbeard

Edward Teach

Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris.
Dia juga dikenali dengan memiliki 16 isteri.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Blackbeard akhirnya melarikan diri ke North Carolina di Amerika, untuk bersenang-senang dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenur Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara Blackbeard. Lalu dia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dipimpin oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak lari dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah meletupkan kapal tersebut di atas dek dengan granit, dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan seluruh jarinya sebab ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Hebatnya, pedang Maynard patah sebab cuba melibas ke punggung Blackbeard.

Ketika selesai berlawan, Blackbeard telah ditusuk setidaknya dua puluh kali dan ditembak lima kali, dan akhirnya mati karena pendarahan. Sebelum mati, ia sempat mengisi pistolnya kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.

Yonkou baru dalam cerita One Piece ni, Blackbeard tapi nama dia Marshall D Teach, ekeke.


2. Pablo Escobar

Pablo Escobar

Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia. Pada tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak US $ 25 bilion.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya ia membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka tembakan di seluruh badan dan kakinya.


3. Ned Kelly

Ned Kelly

Ned Kelly adalah seorang penjenayah berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia bertanggung jawab atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga orang polis. Hebatnya, dia membunuh tiga orang polis tersebut untuk melarikan diri dari tangkapan polis.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Ned Kelly dan gengnya akhirnya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn ketika itu mereka tahu bahawa kereta api yang penuh dengan polis sedang mengejar mereka. Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, yang akhirnya gagal.

Kesemua penjenayah tersebut lalu memasang baju zirah (baju besi) ciptaan mereka sendiri.

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menyerang anggota polis yang menembak ke arahnya. Namun pahanya yang tidak dilindungi menjadi titik lemahnya.

Kelly akhirnya menyerah kerana terlalu banyak luka di kakinya. Seluruh anggota gengnya mati masa tembak menembak, namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah. Dia dihukum mati, dan kata-kata terakhirnya sebelum meninggalkan mahkamah adalah "Aku akan bertemu kau selepas aku mati."

Dua minggu kemudian, hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly meninggal kerana serangan jantung.


4. Leon Trotsky

Leon Trotsky

Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin.

Selepas Lenin meningggal, dia terus kepada Stalin. Tapi Stalin telah mengeluarkanya dari Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia. Trotsky bertekad untuk membalas dendam terhadap Stalin dan dia terus mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Trotsky tidak diberi masuk ke Amerika oleh Imigresen. Akhirnya, ia pindah ke Mexico City, dimana ia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader dapat menetak kepala Trotsky dengan kapak. Tapi Trotsky bangun dari tempat duduk dan terus meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan berlawan dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Pembantu pembantu Trotsky akhirnya dapat masuk ke dalam bilik, dan terus membunuh Mercader, dan membawa Trotsky ke hospital. Ia meninggal kerana komplikasi penyakit di kepalanya beberapa hari kemudian.


5. Gabriel Garcia Moreno

Gabriel Moreno

Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia yg bertanggung jawab dalam pembukaan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahwa agama resmi negara adalah Katolik, dan mengharuskan siapapun yang ingin masuk politik harus seorang Katolik. Peraturan ini ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Satu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh sekelompok penyerang dengan kapak, ke arah lehernya, tengkorak dan otaknya, dan memutuskan lengan kirinya dan tangan kanannya.

Moreno tetap berdiri kembali. Para penyerangnya menembaknya enam kali di dada. Dia lalu diserang lagi dengan pedang tak kurang lebih dari 14 kali. Bahkan setelah itu, Moreno masih sempat menuliskan "Tuhan takkan mati" di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, di mana ia akhirnya hidup untuk 15 minit lagi dan mati.


6. Ferdinand Magellan

Fredinand Magellan

Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah berasal dari Portugis. Dia orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia, dan orang Eropah pertama yang menginjak kaki di Filipina.

Magellan bersetuju untuk membunuh seseorang bernama Lapu-Lapu, musuh dari dua raja Filipina.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan. Lapu-Lapu tahu mereka akan datang, kerana sebuah bala tentera telah siap menunggu mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika ia menginjakkan kaki di Mactan. Tapi dia tetap berlari ke
depan, di belakangnya sebuah kapal penuh bala tentara milik Magellan.

Dia terus ditusuk di muka dengan sebuah tombak buluh, dan lengannya putus kerana kena pedang musuh. selepas itu kakinya juga diporong. Ia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan meneriak supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur. Di tengah hujan dan pukulan dari tentera musuh, Magellan melihat anak buahnya berundur barulah ia mati.


7. Grigori Rasputin

Grigori Rasputin

Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dengan Tsar Nikolas II di Rusia, pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II (Raja Rusia) percaya bahwa Rasputin dapat mengubati anak mereka yang terkena hemofilia bernama Alexei, jadi ia menyuruhnya untuk tinggal di Istana bersama keluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Ia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk, dan sering menerima rasuah dari orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatnya akhirnya kurang disukai oleh kerajaan yang memerintah.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Rasputin ditusuk oleh seorang pembunuh upahan pada 1914. Tapi ia tetap hidup. Setelah sembuh, masih ramai orang ingin membunuh dia dan kali ini dengan cara meracun dia dengan wine. Tapi Rasputin tetap hidup, entah kenapa.

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka mencuba membunuhnya lagi, kali ini dengan menembak kepalanya. Rasputin, rebah ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasa Rasputin dah mati para “pembunuh”-nya pun meninggalkan tempat itu. Yang lucunya, ada pulak seorang tu tertinggal jaket dan dia kembali ketempat itu untuk mengambil jaket dia balik.

Bila sampai disana Rasputin pun menjerit dan mencekiknya.

Bila terdengar, Orang-orang itu datang balik ke tempat itu, mereka menembak dia lagi tiga kali di kepala, dan terjatuh ke tanah. Tapi… ya...dia belum mati.

Dia bangun, lalu terus dipukul sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang teramat sejuk.

Ketika mereka jumpa mayat Rasputin, selimut itu berlumuran
darah dan badannya penuh luka tembakan, perutnya penuh dengan racun, dan banyak lebam akibat dipukul, Rasputin diberitakan mati disebabkan kesejukan.

7 Penjahat Terkenal Di Dunia Yang Susah Mati



Harga Minyak Ron 97 Naik 2 Kali

Mungkin ini kali pertama Kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 2 kali tempoh yang sebulan dan yang paling mencurigakan ialah secara senyap-senyap. Pada 5hb September 2012 kenaikkan ialah RM0.20 dan pada 06hb September 2012 iatu semalam RM0.10 lagi dinaikkan menjadikan harga 1 liter minyak ron 97 ialah RM3.00

Ron 97 Naik 30 Sen

Ramai orang Malaysia menggunakan Ron 95 berbanding Ron 97, tapi kalau kita tanya orang ramai la kan, kalau harga Ron 97 murah nak guna atau tidak? Adakah kerajaan pimpinan DS Najib sekarang tidak mampu melakukanya atau pekara ni memang mustahil?

Sekarang dalam arus perdana riuh rendah tentang isu pijak gambar, tunjuk punggung dan isu politik memburukkan pembangkang, jadi ini terbaik untuk kerajaan menaikkan harga minyak? Supaya ramai yang tidak sedar?


Perbezaan Masa Pemenang 100M Olimpik

Usain Bolt

Aku tertarik dengan video yang menggambarkan perbezaan masa antara pemenang-pemenang dan pelari pecut yang memenangi acara 100 Meter Pecut tanpa pagar disepanjang kejohanan olimpik sejak tahun 1986 hingga tahun 2012 sekarang yang dijuarai Usain Anak Bolt atau mungkin Bolt Anak Usin.

Usain Bolt jaguh 100 Meter Pecut baru

Memang banyak faktor yang menyebabkan perbezaaan masa yang ketara ini, antaranya zaman (dah tentulah!), peluang?, kemajuan sains sukan, teknologi canggih seperti trek padang yang ibarat permaidani buatan Pakistan? dan teknologi kasut yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Siapakah pemenang pingat emas 100 meter pecut tahun 1986 di Olimpik

Jangan lupa tengok video dari youtube ni, kalo korang duk dipejabat kerajaan jangan harapla lepas yer, memang kene blok (sesetengah kawasan mungkin tak dan kawasan2 yang sewaktu dengannya). Selamat beramal!


Pandela mencipta sejarah Olimpik Malaysia

Pandelela Renon mendapat pingat gangsa dalam kateogeri 10M Platorm sekaligus menjadi Wanita Pertama dari Malaysia memenangi pingat di Kejohanan Olimpik.

Pandalela Ronan dengan Pingat Gangsa

pingat gangsa di olimpik 2012
Pandalela membawa pulang pingat gangsa
Semoga kejayaan 2 atlit ini memberi semangat kepada Brandon yang akan beraksi hari ini untuk mencapai target pingat emas!

TAG: Pandelela Ronan, Pingat Gangsa Olimpik 2012



 
© Top 5 anything All Rights Reserved