Hutang Negara Malaysia 2012 | RM456.1 Billion

Jikalau merujuk Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983, meletakkan had hutang kerajaan Malaysia berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia yang dibenarkan, sebagaimana yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF) adalah pada paras 55% (paras terkini). Sekarang sudah ditahap berapa?

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin : Hutang Kerajaan Malaysia Yang Terkini

Datuk Seri Awang Adek
Datuk Seri Awang Adek | Timbalan Menteri Kewangan

Di bawah ini merupakan jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini bagi mengawal hutang kerajaan Malaysia yang semakin meningkat.
”Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,” katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat
statistik hutang negara 2012

Tidak perlu bimbang? Kami pula yang bimbang dengan kenyataan daripada seorang menteri. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kerajaan Malaysia 2011/2, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir tahun 2011.

Sekarang ini pula menunjukkan peningkatan, sudah pasti ini menunjukkan hutang negara semakin meningkat setiap kali diumumkan! Sudah pasti amat membimbangkan!

Comments

  1. fakta menarik hutang negara... http://reversebaikpunya.blogspot.com/2012/03/hutang-negara-malaysia-jom-berhujah-bab.html

    ReplyDelete
  2. salam kalian..nak bertanya laa, bole pakai ke sumber ini? hutang ini kepada siapa? IMF ke? ada sumber black n white ke ape? curious gak nih... yg link economist to ape? dorang tu sapa? maaf la sya ni budak baru nk kenal2 politik nih..ehehe.. sila tunjuk ajar ye.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber mestilah dari bank negara malaysia sendiri.

      Delete
  3. http://www.nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia << jumlah terkini hutang negara, anda tak perlu percaya apa oarang cakap sedangkan anda boleh semak sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia