Mengimbau kembali perjalanan Projek Email 1 Malaysia
Rasanya tahun lepas kita heboh sekejap dengan Email 1 Malaysia ni dari penyedia mereka, MyEmail.My yang melibatkan Kos RM50 Juta! Jadi apa yang dah jadi dengan Projek Email 1 Malaysia? Berapa ramai dah yang mendaftar dengan menggunakan aplikasi ni?Lebih 20 juta orang rakyat Malaysia yang berumur lebih 18 tahun layak mendapat kemudahan ni. Persoalannya ada ke manusia yang kat Malaysia ni yang menggunakannya? Secara tak langsung menjadi pesaing kepada Email Provider yang lain dalam Malaysia ker?
Kita imbas skit kenyataan Dato' Seri Najib
“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,”Ok, jadi takde wang rakyat yang terlibat, cuma suka hati rela buat sistem email yang sekiranya aktif memerlukan ruang yang sememangnya amata besar untuk mengisi lebih 20 Juta database dengan kos yang dah tentu bukan sedikit kan?
Tujuannya adalah, anda boleh mendapatkan berita terbaru dan berita tentang kerajaan terus ke inbox anda. Anda akan jadi orang yang pertama tahu tentang inisiatif baru kerajaan, perkhidmatan atau dasar.Bagi anda, pentingkah semua ini? bukan nak bangkanglah, tetapi ada jalan lain yang lebih mudah dan murah.
Jadi apa nasib projek ni? tersadai? jadi gajah putih? orang ramai agaknya ingat tak lagi projek ni? Jom undi! :D
Comments
Post a Comment