Zon eropah perlu bantuan: krisis hutang

SEOUL 12 Okt. - Zon Eropah memerlukan kira-kira dua trilion euro (RM8.6 trilion) - hampir lima kali ganda daripada saiz bantuan yang diterima sebelum ini, untuk menangani krisis hutang, menurut bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

Beliau berkata demikian selepas beberapa jam pembuat dasar Slovakia mengundi menentang peluasan Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF), meningkatkan kebimbangan para pemimpin Eropah mengenai peluang untuk menyelesaikan hutang.

Brown berkata, dana kestabilan itu hanya berjumlah 400 bilion euro (RM1.72 trilion) dan kebanyakan rakyat berpendapat dana itu lebih diperlukan untuk menahan tekanan melebihi dua trilion euro (RM8.37 trilion)

''Berikutan itu, kita perlu mencari penyelesaian kepada masalah ...meskipun ketika negara-negara Eropah tidak bersedia untuk mengundi bagi dana bantuan lebih besar,'' katanya.

Beliau berkata, Britain telah menolak untuk menandatangani bantuan tersebut disebabkan kelemahan dalam pendekatan bagi menangani krisis hutang itu.

Brown berpendapat mata wang tunggal tidak mampu membantu tetapi hanya melalui kerjasama fiskal.

Slovakia hari ini menolak peluasan bantuan EFSF 440 bilion euro (RM1.89 trilion).

Keputusan itu telah menghalang usaha Kesatuan Eropah untuk merombak dana bantuan memandangkan mereka berusaha untuk menangani kegagalan hutang di Greek merebak kepada ekonomi-ekonomi dan bank-bank, dikhuatiri boleh mengakibatkan satu lagi kemelesetan kewangan.

Berikutan itu, Brown meminta Kumpulan 20 dan ekonomi-ekonomi baharu muncul untuk memainkan peranan bagi mengatasi krisis di Eropah dan Amerika Syarikat, yang mana boleh menganggu pasaran-pasaran baharu muncul.

Beliau membayangkan, pinjaman daripada China dan negara-negara minyak yang kaya juga sebagai salah satu usaha.

Tambahnya, pasaran-pasaran baharu muncul kini hanya bergantung kepada permintaan daripada ekonomi-ekonomi maju yang mempunyai populasi yang kecil.

''Sekiranya ekonomi Eropah tidak berkembang dalam beberapa tahun akan datang, seluruh dunia akan menderita,'' kata Brown. - AFP
dalam post sebelum ni: http://top5anything.blogspot.com/2011/09/kesatuan-europa-dibimbangi-akan.html, memang terbukti masalah Eurozone takkan selesai, dengan kuasa dominasi ECB dan penggunaan duit Euro yang menghapuskan matawang asal kebanyakan negara ahli, ECB perlu disuntik dengan dana yang besar bagi mengurangi bebanan hutang negara2 ahli.

Terbukti idea liberalisma menyatukan negara2 yang berlainan latar belakang dan sumber ekonomi dibawah satu payung matawang akan gagal. Eurozone akan terus menghadapi krisis hutang disamping masalah U.S sendiri yang sememangnya lagi banyak hutang, kesan langsung pasti dirasai negara2 lain. Olympus buat pertandingan pulok, mengimbau kenangan dulu.

Comments

  1. Psstt,where's your language translator? By the way, what language are you using?

    Take care and thanks for stopping by my blog!

    Myke
    Show Me Your Look Today

    ReplyDelete
  2. i didnt think translator will work since i not using formal language. This is Malay language. thanks for visiting

    ReplyDelete
  3. Hopefully the economic crisis in Europe could be resolved.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia