Skip to main content

Kebebasan AKademik di Malaysia semakin teruk

huh, hari ni diberitakan tentang pergantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, UIA. Siapakah dr aziz ni? seorang pakar undang2 dan perlembagaan Malaysia sewajaranya dengan jawatan pensyarah falkulti undang2 yang beliau bertugas.

Haha, hari ni UIA ambik tindakan untuk menggantung beliau kerana 2-3 hari ni dr.aziz semakin menyerlah dalam isu2 panas terutamanya tentang titah sultan. Hari ni, bersumberkan info dari harikahdaily.net, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulla turut sedih dengan berita ini.

Ok, siapakah secara ringkasnya dr.aziz ni bagi yang tak tahu lah, al maklumlah kalo bab artis dan gosip memang laju dan penuh ilmu didada. dr.aziz bukan ahli politik, dia lebih gemar bercakap sesuatu isu bersandarkan perlembagaan negara. Jadi, adakah dia ni berpihak kepada Pas atau Umno? pro-kerajaan atau pro-pembangkang? dia lebih kepada neutral dan sememangnya terbukti.

Pada suatu mase, Pas tidak gemar dengan sikap dr.aziz yang secara terbuka mendedahkan masalah puak edorgan dalam Pas, dan ade suatu ketika, Pas amat marah dengan kenyataan beliau. Namun, dr.aziz tetap dengan keterbukaannya menerima kutukan Pas, tetapi dengan mase berlalu, dan Pas memahami pekara ini bukan salah dr.aziz dan pandangan beliau juga dijadikan panduan untuk penyelesain dalam Pas.

aku ingin selitkan sedikit info dari website lain,
Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’. Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan Melayu kuno terhadap Sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan.

Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan Selangor mengenai serbuan ke atas gereja yang dilakukan oleh Jais baru baru ini. Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai tindakan ‘bodoh’ atau ‘kurang cerdik’ dalam bahasa yang lebih sopan.

Menyamakan titah sultan sebagai titah tuhan adalah syirik. Sultan bukan nabi atau malaikat. Mereka ialah manusia biasa yang diciptakan dari setitis air mani sama seperti manusia lain, mempunyai sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia lain seperti bodoh, pemalas, pelupa, rajin dan sebagainya.

Isu sebenar yang di bangkitkan oleh beliau adalah bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka. Tidak ada apa-apa yang salah di sisi undang-undang. Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang-undang perlembagaan. Justeru beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks perlembagaan.

Tindakan menggantung beliau sebagai pensyarah adalah permulaan kepada kesilapan. Modus operandi ini sama digunakan oleh British ketika menentang kebangkitan golongan anti penjajah dengan menggantung mayat Tok Janggut dan di usung di sekitar Kota Baharu bagi memberi amaran kepada mereka yang cuba menentang British. Kini Aziz Bari menjadi simbol amaran kepada ahli akademik yang cuba mendedahkan kebenaran kepada masyarakat maka mereka akan dihukum.

Malangnya situasi ini harus dihentikan secepat mungkin kerana dikhuatiri kesan daripada isu ini boleh meledakkan kemarahan rakyat khususnya dikalangan anak muda kerana penafsiran mereka terhadap institusi diraja sangat kritikal. Risau-risau nanti ada pula gerakan menentang institusi monarki.

Oleh kerana itu, ‘hujah mesti dibalas dengan hujah’. Amalan biasa yang dilakukan di Malaysia adalah ‘hujah dibalas dengan kezaliman’ dan amalan ini harus dihentikan.

Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan.

aku bukan seoarang pembangkang, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran yang didik di negara ini, dan mencari rezeki di bumi bertuah ini, aku tak mahu "kebebasan Akademik" di bumi bertuah ini "MATI" tanpa pengetahuan pemijak tanah ni sendiri. Prf Dr. Aziz seorang ahli akademik yang berani bersuara beradasarkan nilai akademik yang diketahui untuk menjelaskan kepada rakyat malaysia umumnya bahawa undang2 kita perlu dijaga!

jom like fb, ni sebagai tanda sokongan


http://www.facebook.com/pages/10000-mahasiswa-menyokong-penuh-Profesor-Dr-Abdul-Aziz-Bari/128727520567377

http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Penggantungan-Dr-Aziz-Bari/109189992525489

Comments

  1. suatu kerugian yang amat besar... seorang yang berjiwa telus...

    ReplyDelete
  2. betul tu, sebagai ahli akademik, sememangnya kite perlukan pendapat dia,

    ReplyDelete
  3. Siapa lantang bersuara jer nasib la kena tindakan..itulah harga demokrasi.

    ReplyDelete
  4. @OgysiJemariSeni
    sedih bila kita mengaku mengamalkan demokrasi tetapi kita jugak menerajangkan demokrasi tu sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car...

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia

Hampir 3 bulan aku tak update blog Top 5 ini dan hampir 5 bulan aku tak buat Top 5 Blog Terkenal atau mungkin terbaik di Malaysia yang sudah pasti dikendalikan oleh blogger terkenal di Malaysia. Kali ini untuk Edisi Mei 2012 aku tak ada banyak perubahan dari segi penilain blog mana yang terkenal hanya menggunakkan Ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com . Apa yang boleh aku simpulkan, rakyat Malaysia semakin gemar membaca gosip2 artis dan hiburan, tak tahu kenapa, mungkin kerana banyak skandal2 s#ks para pemimpin terkenal Malaysia masa kini. Mungkin trend ini akan berubah apabila pilihanraya hampir nanti? Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi Mei 2012