Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia 11 Oktober 2011

takziah kepada keluarga allahyarham, semoga dicucuri rahmat, al-fatihah kite hadiahkan kepada beliau (jangan putar lagu pulak RTM nanti), info tentang kematian beliau saya dapat di carigold. Member CG takde sebab nak buat ceriter, mungkin dia keluarga rapat dengan allahyarham. Nanti boleh confirmkan berita ni di media perdana.






Update berita:

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad, meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September
lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat,
Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Selamat Hari Raya, Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, Di Ambang Sore dan Bahtera Merdeka.


kalo terasa nak masuk pertandingan shuffle? klik jer

Comments

  1. betul la tu,,, sumber dari berita harian http://www.bharian.com.my/articles/DatukAhmadJaismeninggaldunia/Article/

    Allahyarham meninggal akibat dari masalah paru-paru... apa2 pun Al-Fatihah untuk beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Teringat kenangan lalu...cewaaaa.....

    ReplyDelete
  3. ok la tu, aku dapat info dari member CG.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia