isu harga tiket Final Piala Malaysia dan juga isu tempat perlawanan menjadi punca kemarahan dan bantahan orang ramai kepada FAM. Harga tiket sampai RM50 dan lokasi perlawanan yang ditetapkan di Shah Alam pun menjadi tanda tanya orang ramai kepada FAM.
Memang betul2 takde semangat kesukanan langusung la FAM ni, macam mane depa boleh terfikir nak naikkan harga tiket, jangan bunuh semangat bola sepak orang kita. Bukan selalu rakyat Malaysia jadi semangat dengan bola sepak kita ni. Di Malaysia, Piala Malaysia lebih menarik berbanding liga utama iaitu Liga Super.
Bukan nak fikir untuk senangkan peminat bola sepak sendiri, dah la adakan final ni di Stadium Shah Alam, bukan di Bukit Jalil macam kebiasaan. Stadium Shah Alam ni sempit pastu parking pun payah weeii. Harga tiket pun nak dinaikkan.
Ramai yang fikir nak boikot, banner2 segera pun banyak diletakkan di negeri sembilan dan terengganu. Rakyat Terengganu dapat sedikit kelebihan, harga tiket. Sumber Utusan, laporan seperti dibawah.
KUALA TERENGGANU 25 Okt._Bagi meredakan keluhan penyokong yang menganggap harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga mahu ia diagihkan keseluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap Dewan Undangan Negeri. - Utusan
Menteri Sukan si Sabrey Chik pun tak setuju, macam manalah harga tiket boleh naik melampau ni kan, nak turun takhta jugak Presiden FAM, ekeke. Akhir kata,
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun
2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita
3) dimana padang dipijak, di situ bola dikontrol
4) masuk stadium memekik, masuk padang menjerit
5) sedikit-sedikit kad kuning, lama-lama jadi kad merah
6) yang dikejar offside, yang dikendong out
7) hendak seribu gol, tak hendak seribu bolos
8) bagai pengadil lupakan wisel
9) alang-alang mengasari lawan, biar sampai kena buang padang.
Final piala Malaysia pun serentak dengan perlawanan antara Chelsea Vs Arsenal. Hmm, takpe la, Chelsea memang confirm menang punya dengan Arsenal dan Terengganu pun takde masalah nak menang dengan Negori Sembilan, mudah jer, makanan jer
Dan satu lagi pendapat peribadi yang menarik perhatian aku:
semua sudah sedia maklum, 3 kelab gergasi BPL ini telah bertandang ke Stadium Bukit Jalil pada bulan Julai lepas menentang skuad Malaysia dan pilihan Malaysia.
Khabarnya FAM juga sanggup membayar beratus ribu kepada Perbadanan Stadium Bukit Jalil untuk melepaskan 3 kelab BPL ini bermain di stadium ini(itu pun ada orang hulur duit suh FAM bayar dekat perbadanan tu). Ketika itu Stadium Nasional ini dalam proses membaiki trek balapan yang langsung tiada kaitan dengan rumput, sejenis sukan bola sepak yang agak senonim dengan rumput, adakah di balapan itu juga pemain bola sepak akan bermain di atas balapan itu?
Persoalannya, Kenapa final Piala Malaysia 2011 berlangsung di Stadium Shah Alam?, sedangkan perlawanan akhir antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu ini lebih bersejarah berbanding perlawanan 3 kelab BPL ini?? Kenapa tidak di langsungkan di Stadium Bukit Jalil? Kenapa FAM?? kenapa tidak di Stadium Bukit Jalil wahai FAM ku sayang??~
Tiada duit masuk ke kantung FAM?? tiada orang tengah mahu bayarkan perlawanan akhir piala malaysia 2011 ini?? Mahu untung lebih sampai menindas rakyat golongan marhaen ini yang ternyata bola sepak adalah milik mereka?
Harga final tiket setinggi RM50 di Stadium Shah Alam?? FAM memang kaki cekau duit! Apa salahnya rugi sedikit demi bola sepak Malaysia, kita baru nak naikkan semula bola sepak Malaysia, tapi kau dah bunuh semua semangat bola sepak orang Malaysia. Kan FAM banyak lagi duit? Ke tak cukup lagi?? Golongan marhaen sekarang makin bijak wahai FAM, Mereka (Penyokong Negeri Sembilan mahupun Terengganu) sanggup duduk menghadap tv sambil makan bersama keluarga tersayang. lagi jimat, dan merapatkan hubungan keluarga mereka. Pergi stadium, Hulur duit note RM50 semata mata nak kayakan FAM buat apa?
Oh FAM, mulia sungguh kepintaran menguruskan sesuatu hal..
sumber: Carigold.com
entah makin lama makin teruk FAM
ReplyDeletemakin ke tak cerdik, nak bodoh tu marah pulak
macam nak tengok BPL pulak bayau sampai RM50
baik duk rumah layan TV selamat...
rakyat terpaksa.. ikut tp pangkah
ReplyDeletepapepon,team malaysia mmg bez
ReplyDelete