
Oleh kerana sekarang dengan Perdana Menteri yang baru, sekiranya beliau bersetuju untuk mengusul tentang pemindaan perlembagaan Malaysia bagi menjayakan Undang2 Allah ini dijalankan dapat dilaksanakan. Umno mampu untuk memberi jalan kepada Pas untuk menjalankan undang Allah ini dengan mengundi untuk bersetuju meminda perlambagaan yang rata2nya ahli berhomat Umno beragama Islam. Masih tak cukup lagi, kite masih perlukan non-muslim bagi mengcukupkan 2/3 majoriti undi untuk perlembagaan di pinda. Di sini sebenarnya tanggujawab besar Menteri Penerangan dengan menggunakan segala saluaran media masa perdana menerangkan bahawasanya Hudud ini hak orang Islam, non-muslim tidak perlu bimbang dengan pekara ini. Tetapi non-muslim perlu didedahkan dengan pekara2 ini supaya mereka tidak takut kepada hudud hanya kerana mereka tidak tahu sepertimana kate Tuan Guru Nik Aziz, takut macam takutkan hantu, mende yang tidak diketahui tetapi ditakuti.
Lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang kepada pentadbiran negara, adakah Umno masih lagi tak bersedia menerima Hudud yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W ??? adakah keadaan di Malaysia tidak kondusif untuk dijalankan Hudud, kenapa? adakah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui tidak tahu masalah2 ini? Subhanallah, betapa jahilnya kita apabila kita memikirkan orang yang mengucapkan 2 kali ma'syadah tetapi menafikan hak2 agama. Nabi Muhammad menjalankan hukum Allah ni tatkala bukan 100% rakyat madinah memeluk agama Islam. Kerana kite perlu sedar orang melayu, china atau india bahkan bukan beragama Islam semuanya makhluk Allah dan Dia Maha Mengetahui semua aspek keperluan manusia tak kire apa jau fahaman agama.
Ayuh kite sebarkan kepada semua rakan2 kite, Hudud mesti dilaksanakan. Utusan yang menyindir pekara ini atas dasar Politik juga secara langsung kepada Hudud itu sendiri, Siapakah Editor Utusan yang membenarkan karikatur ini di siarkan? siapakah pelukir karikatur ini yang tangannya penuh dengan kehinaan dan kecelakaan. Aku sungguh kesal dengan sikap dan perilaku Umat Islam sekarang, cukup dengan masalah Sosial Remaja yang merungsingkan kini di tambah pula dengan orang yang matang yang berfikiran sekular.
Comments
Post a Comment