Hari ni aku nak ucapkan selamat hari malaysia untuk semua warganegara malaysia ni tak kire india, china, kadazan, iban, bidayu dan melayu. Tahun ni agak special kerana kite menyambut hari malaysia, belu pernah lagi kite sambut sebelum ini sebenarnya. Kebiasaanya kite menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun.
Hari malaysia ni sebenarnya sempena penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dengan pergabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Semenanjung tanah melayu. Selepas peristiwa 16 Mei 1969, Singapura keluar dari Malaysia tetapi nama Malaysia masih dikekalkan dengan baik.
Ade tak yang kibarkan jalur gemilang di kediaman masing2 sekarang ni, secara jujurnya memang agak kurang berbanding tahun2 sebelum ni, mungkin kerana masalah kewangan dan ekonomi sekarang yang agak teruk dengan harga barang melambung tinggi menyebabkan rakyat malaysia kite kurang cakna sejarah dan sambutan hari Malasysia ni. bagi aku, aku pun kurang sebanarnya, kalo tak dulu mesti ade bendera malaysia ni kat motor aku, tapi sekarang aku pun malas sebenarnya, entah2 pe kerajaan sekarang ni kan.
Dengar kata, PM akan umumkan sesuatu yang menarik malam ni sempena ucapan hari malaysia ni, jangan dia kate hari 1malaysia sudah, jemu aku dengar 1malaysia ni, macam lah sebelum malaysia ni ade 2-3 ...ekeke
last, aku ucapkan semoga hari malaysia ni membuka lembaran baru dalam sejarah pembinaan negara maju malaysia, jangan maju tapi moral cam syaitan sudah. seimbangka dunia dan akhirat, nak lebih akhirat lagi bagus kan.
Comments
Post a Comment