

Tujuan Eurozone ni diperkenalkan untuk menyatukan negara2 di EU supaya semua dapat bergerak bebas dan pintu perdagangan luas terbentang. Negara2 Asean termasuk kita Malaysia pernah dan masih lagi berangan-angan untuk tiru EU. Plan yang dicadangkan contohnya kita guna Asean Dollar pastu semua sempadan dibuka tanpa perlu guna pasprot.
Tapi Asean mungkin susah untuk tiru cara EU ni kerana banyak kesan2 buruk yang boleh terjadi. Bukan sahaja rakyat biasa dapat keluar masuk tanpa sebarang pemeriksaan tetapi juga penyagak dan penyamun senang2 sajer datang ke negara antara Asean ni. Risiko lebih besar bakal tiba.
Beberapa bulan lepas gempar dengan masalah hutang Greece kerana menggunakan Euro dan menghapuskan matawang asal iaitu Drachma, 23 buah negara lain yang menggunakan Euro turut terkesan. Baru2 ni merebak masalah ni ke Ireland, Portugal, Spain dan terbaru Itali mula bergolak dan Perancis juga. Masalah ni terjadi antara puncanya "perkahwinan" negara kaya dengan miskin kerana hanya ingin membuka pintu perdagangan melului Eurozone ini.
Antara bidang tugas utama untuk kawal inflasi, tetapi inflasi di Jerman dan Perancis, 2 buah negara ekonomi besar takkan sama dengan inflasi di negara kecik seperti Malta dan Slovenia atau pun Greece dan Portugal. Jika Asean ingin cadangkan Kesatuan Asean, akan wujub "Asean Central Bank" dan matawang " Asean Dollar" dengan kadar US$1=Asean$3, mesti ada negara yang takkan mampu nak export barangnya seperti TV dan kereta contohnya.
Itulah secara ringkas masalah Euro dan Eurozone yang aku fahami dan baca serta selidik tertumanya hasil dari perbincangan dengan ahli CariGold, EU ni nak gunakan polisi yang sama sedangkan pembangunan ekonomi, pelajaran, barangan yang nak di jual beli jauh berbeza. Keperluan sesebuah negara dan pengeluaran sesebuah negara berbeza tetapi jika polisi yang sama digunakan pasti membebankan sesetengah negara. Sebagai contoh, sayur dari Cyprus dan Slovakia, kerera Merc dan Porsche dari Jerman, Perancis pula nak export barangan jenama Hermes, Louis Vuitton dan YSL tapi sebagai contoh mamat di Ireland pulak hanya nak jual lembu saja!

Ini semua yang menyebabkan masalah besar hingga sekarang ni dan buat kite semua pening. Secara ramalanya, Eurozone akan berpecah kepada 2 yaitu One for Richcountries, One for Poorcountries.
Comments
Post a Comment