Usahawan Tegar ni gelaran orang bagi orang yang kejer dia berniaga tak kire la online ke offline. Usahawan tegar ni orang yang berani ambik risiko dan inisiatif dalam apa jua yang dia buat. Siapakah antara usahawan tegar yang berjaya? Kita jangan ambik Malaysia jer sebagai ukuran kita pergi kepada Global.
Contoh: Bill Gates, Richard Browns, Tony Fernandes, Mokhriz Mahathir? dan yang paling aku terkejut Tun Daim Zainuddin kerana kekayaan dia dapat perhatian Forbes untuk siasat. Hebat2 orang ni sebanarnya. Depa jual barang jer pun tetapi secara meluas, risiko mesti diuruskan dengan bijak barulah dapat menjadi kawan kepada kita jika tidak nanti akan jadi lawan yang BESAR bagi kita.
Seorang Usahawan tak kire lah tegar ke tidak mesti ade inisiatif dalam perniagaan yang dia jalankan, dunia sekarang penuh dengan persaingan. Usahawan yang kreatif akan buat mende yang berbeza dengan orang lain kerana dia tahu persaingan tu memang wujud. Kalo Usahawan Tegar ni pulak dia tak kenal erti putus asa, dia akan terus mencuba dan mencuba sampailah satu tahap idea tu datang sendiri dengan izin Allah.
Aku pun sebenarnya ingin sangat nak jadi usahawan yang berjaya ni tapi aku takut ambik risiko dan aku takde inisiatif dalam mende2 yang aku laksanakan sebab tu bukti aku belum lagi sampai tahap Usahawan Tegar. Hakikat sebenar usahawan tegar ni adalah orang yang berusaha tanpa rase jemu dalam bidang pernigaan contoh kawan aku yang main Ebay, kalo dulu dia buat kecil-kecilan sekarang dia usahakan Dropship dan kelas mengajar Ebay secara Online, tu inisiatif yang dia ambil di samping dia jana pendapatan secara online dia buat kelas online.
Kalo pernigaan Offline ni seperti supermarket, kontrator dan lain2 lagi tu semuanya perlukan inisiatif untuk elakkan saingan besar, jangan kite menyembelih tengkuk persaing kite, bersaing lah dengan sihat, seorang Usahawan tegar takkan gembira melihat persaingnya rugi, bangkrap, gulung tikar atau pun merempat kerana dia sedar Usahawan Tegar perlukan sokongan dari persaing dan kawan.
info berguna. thanks ;)
ReplyDelete@SyazwanSarawak
ReplyDeletethanks :)