Milosuam.blogspot.com yang dedahkan mende ni pada asalnya setakat yang tahu, mende ni memang menarik untuk kite semua ambik cakna walaupun sedar atau tak sedar. Aku sedar mende ni pun kerana aku selalu di CG, ni antara komen dari warga CG, mudah jer dia bagi...sekeping potongan ayat AL-Quran yang bermaksud.
"Dan jika kamu tanyakan kepada orang-orang munafik (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab | "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja", katakanlah | "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok ?", tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman." (At Taubah, 65-66)
komen lain,
Mana dia Perkasam, mana dia Zul Nordin , mana dia NGO-NGO lain
Kalau Mat Sabu sebut Bt kepong - mat Indra - Komunis dah heboh
satu dunia....
yang ni hina Islam semua pakat diam pun takdak sapa nak pi
repot polis ka.
Walaupun mende ni remeh pada sesetengah orang, tetapi pada mereka yang memahami Islam, mereka nampak kemungkaran besar dalam masalah ni.
ade pulak sorang hamba Allah ni dia pergi tanya Idham tentang filem dia ni, sumber dari adamroslan.com
Marikh Azahari
Assalamualaikum Saudara,
Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.
Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.
Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.
Wasalam
Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…
Marikh Azahari
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.
Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…
wasalam
wah... perkara serius macam gini tak dapat nak aku berikan pandangan.. biarlah orang2 yang berkenaan menyelasaikannya.. apapun perhatian begini aku rasakan juga perlu kerana setiap manusia sentiasa berlainan penerimaan dan pandangan... jadi jgn biarkan agama sendiri diperlekehkan sewenang2nya kelak.... sekadar pendapat...
ReplyDeletedah settle...Zizan telah mendaptkn pandngn Ustaz Azhar Idrus untk memnta menjlaskn masalh ini..Usah lagi diperbesarkan lagi isu ini..
ReplyDeletebukan nak besarkan pun, lagipun aku post sebelum tersiar berita tentang pendapat ustaz azhar lagipun, ustaz azhar kan dah kate, mende2 ni boleh menimbulkan fitnah, jadi tetap salah kerana kejahilan
ReplyDelete