Skip to main content

Cara Sambut Eidul-Fitri

Kadang kite gembira sangat ari rayer ni seolah macam nak balas dendam kerana takleh makan di bulan Ramadhan. Jangan macam tu, ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.

Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?


1. Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya. Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir. Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2. Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya. Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3. Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri.

Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)” (HR al-Bukhari)

4. Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” (HR Ibnu Majah. Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5. Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata: “Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin. Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

6. Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad. Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar. Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7. Mendengar khutbah Hari Raya.

8. Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

9. Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat r.a saling memberikan ucapan: “TaqabbalAllahu minna wa minkum” yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”

Lain-lain ucapan tertentu juga dibolehkan. Sebarang bentuk ucapan dibenarkan selagi ia tidak membawa kepada dosa.

Rujukan:
Feqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq
Fatwa Kemusykilan Solat, Ibnu Soleh al-Munajid, Ibnu Soleh al-`Uthaimin, Bin Baz

Kredit untuk Carigold.com.

Comments

Popular posts from this blog

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car...

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia

Hampir 3 bulan aku tak update blog Top 5 ini dan hampir 5 bulan aku tak buat Top 5 Blog Terkenal atau mungkin terbaik di Malaysia yang sudah pasti dikendalikan oleh blogger terkenal di Malaysia. Kali ini untuk Edisi Mei 2012 aku tak ada banyak perubahan dari segi penilain blog mana yang terkenal hanya menggunakkan Ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com . Apa yang boleh aku simpulkan, rakyat Malaysia semakin gemar membaca gosip2 artis dan hiburan, tak tahu kenapa, mungkin kerana banyak skandal2 s#ks para pemimpin terkenal Malaysia masa kini. Mungkin trend ini akan berubah apabila pilihanraya hampir nanti? Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi Mei 2012