Top 5 Pendapatan Atlit Tertinggi Di Dunia

 
Kajian pasal pendapatan atlit termahal ni dibuat oleh Forbes. Forbes ambik kira pandapatan atlet berdasarkan pendapatan yang di terima 12 bulan yang lalu. Bukan setakat kontarak gaji jer yang di amabik kire Forbes ni, banyak lagi spec seperti bonus, iklan, hadiah pertandingan dll. Sukan Basketball yang banyak mendominasi carta top 5 ni, memang banyak perubahan dalam tempoh 1-2 tahun ni segi muka baru. Jom kite tengok.

1. Tiger Woods >>May 2010 - May 2011 ; USD75 million

Nama besar dalam arena Golf, Tiger Woods. Sebenarnya,Wood terdesak untuk menang kejuaraan dan tandatangani kontrak semenjak kes eksiden kereta tahun 2009 dan juga skandal hubungan sulit .  Namun, Wood berjaya atasi masalahnya dan Nike dan Electronic Arts masih ingin menaja dia. 

2. Kobe Bryant >>May 2010 - May 2011 ; USD53 million


Kobe Bryant ialah bintang terkenal dalam sukan Bola Keranjang di China di mana dia mempunyai laman web yang amat popular. Dia juga telah menandatangani perjanjian sebagai jurucakap Mercedes-Benz bagi jenama kereta pintar di sana. Gaji Bryant di kelabnya mencecah USD24.8 million dimana melebihi USD4 million dari pemain lain.

3. LeBron James >>May 2010 - May 2011 ; USD48 million

LeBrown james juga seorang pemain dalam arena Bola Keranjang. Jersey James adalah yang terbanyak pada musim ini dan No.1 kasut Bola keranjang di pasaran. James juga bersama dengan FSG dalam menguruskan bisness dia dan sebagai imbuhan, james mendapat sedikit saham dalan FSG yang mana adalah pemilik Kelab Bola Sepak iaitu Livepoool.

4. Roger Fedderer >>May 2010 - May 2011 ; USD47 million

Roger Federer, nama yang terkenal dalam arena Tenis dan dianggap pemain Tenis Paling Hebat pernah wujud. Federer sebenarnya di ranking ke-3 dunia dalam sukan Tenis di belakang Rafael Nadal dan Novak Djokovik, tetapi masih mempunyai profail pendapatan yang amat memberangsangkan dalam semua arena sukan dengan 10 penjanjin utam seperti Nike, Credit Sisse, Rolex, Wilson dll. 

5.Phil Mickleson>>May 2010 - May 2011 ; USD47 million

Ranking dunia Phil Mickelson dalam sukan Golf makin menurun. namun masih menjadi keinginan syarikat untuk dijadikan Duta di mana hanya Tiger Wood yang lebih dari dia dalam arena Golf. Mickelson mengikat kontrak pada hujung tahun lepas sebagai jurucakap kepada Amgen dan Pfizer, pembuat Enbrel iaitu ssejenis dadah yang dia gunakan dalam mengubati penyakit dia iaitu Psoriatic Arthistis

Comments

  1. Peh,banyak seh duit depa dapat ce bagi sket,haha.

    ReplyDelete
  2. aku rase depa ni duit bnyak tapi utang makinlah banyak..huhu

    ReplyDelete
  3. aku nak 1 milion...tu pn makn xabis 7 generasi,..hehe..klau wat blanje makan je la..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

Top 5 Forum Di Malaysia

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia