Elemen penting dalam sesebuah negara ialah rakyat dan tampat tinggal atau tanah air. jadi, kita ambil berdasarkan pertumbuhan pendapatan domestik perkapita rakyat (GDP per Capita) untuk menetukan ranking negara paling kaya. Senarai ini berdasarkan senarai terbaru yang di keluarkan oleh International Monetary Fund. Jom saksikannya...
1. Luxemburg-USD108,832
Sebuah negara kecil yang terletak di benua eropah yang mana populasi penduduknya kurang dari 500,000 orang. Sumber pendapatan negara banyak bergantung pada perbankan, besi dan sektor industri. Luxembourg juga dikenali sebagai Green Heart Of Europe.Luxembourg adalah pusat pelaburan kedua terbesar di dunia (selepas Amerika Syarikat), pusat perbankan swasta yang paling penting dan terkemuka di Zon Europah.
2. Norway-USD84,444
Norway merupakan salah satu negara yang paling maju di Eropah tetapi bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Negara yang kaya dengan minyak dan gas bumi mempunyai kos sara hidup 30% lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat. Norway di antara 5 negara pengeksport minyak terbesar di dunia. Petroleum menyumbang 30% dari hasil negara Norway. Norway juga kaya dengan sumber tenaga air, sumber hutan dan galian. Norway juga di kenali dengan nama jolokan Land Of Midnight Sun.
3. Qatar-USD76,168
Negara dari tanah Arab ini mempunyai kurang daripada 1 juta penduduk dan mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1971. Qatar pada asalnya ialah sebuah negara Islam yang miskin tapi kerana penemuan minyak dan gas asli di tahun 1940-an telah merubah Qatar. Qatar juga tidak mengenakan cukai pendapatan kepada rakyatnya dan merupakan salah sebuah negara yang paling kurang cukai di dunia tetapi menawarkan sebahagian besar perkhidmatan kepada rakyatnya secara percuma. (Negara manayang memerlukan cukai jika negara sudah terlampau kaya)
4. Switzerland-USD67,246
Switzerland sebuah negara persekutuan dari Eropah Barat yang diduduki kurang dari 8 juta penduduk. Kemajuan Switzerland banyak di sumbang oleh sektor penbankan dan industri seperti Nestle. Switzerland merupakan negara yang terkenal dengan sifat neutral. Banyak penjanjian damai dan persefahaman di tandatangani di Switzerland terutamanya di Geneva dan Zurich.
5. United Arab Emirates(UAE)-USD59,717
Negara yang kaya minyak dan hasil galian ini mempunyai ekonomi yang sangat maju menjadikannya salah satu yang paling maju di dunia. Mereka mempunyai terlalu banyak wang dari apa yang mereka perlukan. Jadi mereka menbina berbagai bangunan malah mereka juga membina banyak pulau buatan dan terbaru UAE selesai membina struktur tertinggi di dunia - Burj Khalifa. Dengan ketinggian 828 meter, 2 kali lebih tinggi dari Empire State Building di New York. Dianggarkan bahawa sekitar 1/4 dari jumlah keseluruhan pembangunan di dunia ini berlangsung di Dubai - salah satu kota terbesar di Emiriah Arab Bersatu.
Manakala Malaysia terletak di kedudukan ke-65 dalam senarai IMF dengan GSD per capita USD8,423.
Nice info..banyak lagi info2 berguna tuan Admin
ReplyDeleteGreat info, Thanks for sharing
ReplyDelete