Skip to main content

Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia: Pengkaji

Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Melayu Proto yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat dunia hari ini.

macam takde kene mengena jer gambar ni kan? wakaka

Dalam pembentangannya di satu persidangan hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.

Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.

Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 50,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.

Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut belia.

Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.

Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asi berasal dari Asia Tenggara.

Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.
_____________________________

sumber ade dari malaysia kini dan Carigold.com

apa yang jelas.

Nabi Adam a.s berusia 1000 tahun..
Nabi Nuh a.s adalah keturunan ke 9 dari nabi adam a.s
nabi Nuh berusia 950 tahun..
Sam bin Nuh adalah anak pada nabi noh..

Ketika Nabi Isa membangkitkan Sam bin Nuh..
Dgn mukjizat yg di kurniakan oleh allah s.w.t..
Nabi Isa bertanya pada Sam..
Sudah berapa lama engkau mati?
Jawabnya..

Sudah 4000 tahun aku mati..
Dan sakitnya mati itu masih terasa sehingga kini..

Nabi isa a.s lahir 2012 tahun yg lalu..
Kalendar yg kita lihat setiap hari adalah..
Sebagai tanda kelahiran nabi isa a.s.

OK SAHABAT2 SEMUA..
JOM KITA KIRAKAN..

NABI ADAM 1000 TAHUN SAMPAI KE NUH A.S 9 GENERASI..
ATAU 9 RIBU TAHUN..
9 RIBU TAHUN + 1000 TAHUN USIA SAM BIN NUH = 10 RIBU TAHUN..
10 RIBU TAHUN TAMBAH 4 RIBU TAHUN SETELAH DI BANGKITKAN..
OLEH NABI ISA A.S = 14 RIBU TAHUN..
14 RIBU TAHUN + 2012 TAHUN KELAHIRAN NABI ISA A.S SEHINGGA KINI
= 16 RIBU TAHUN SAJA..

kesimpulannya : MANUSIA HIDUP DI MUKA BUMI INI BARU 16 RIBU TAHUN SAJA..

dengan kata lain, teori Melayu Proto yang kononnya WUJUD sejak 75,000 tahun dulu ni wajar ditolak berdasarkan sirah kenabian

• k..yg ni aku terima.. tapi yg pengkaji2 dinosor tu buat carbon test sampai juta2 tahun yg lampau mcm mna yer?? sedangkan semua tahu Nabi Adam yg mula2 turun ke bumi

jawapan Salah. Sebelum turun nya nabi ke bumi, bumi di duduki jin2x. sudah ada binatang masa tu

Comments

  1. kajian ulama kata dari nabi adam hingga kini sudah seratus ribu tahum

    ReplyDelete
  2. kajian ulama yang mengkaji salasilah para nabi

    ReplyDelete
  3. macam mana ulama kira, mereka yang tahu

    ReplyDelete
  4. kira-kira penulis daripada nabi adam ke nabi nuh pun dah salah. jadi jgnlah pertikaikan kajian ni semberono. utk pengetahuan, nabi adam kalau ikut sirah hidup 1000 tahun, tapi dari adam ke nuh yg libatkan 9 keturunan tu dah kaji ke umur setiap keturunan tu? keturunan ke2,3,4,5 hingga 9 tu semua seribu tahun ke umur dia?
    blm kira selisih tahun antara masihi dan hijrah lagi tu.

    ReplyDelete
  5. haha. tau xpe semberono!

    ReplyDelete
  6. inilah kita akan mengikut jejak langkah umat terdahulu seperti kaum israel dan nasara berdebat benda sia-sia nabi Muhammad saw dah warning perkara ini walaupun sehingga masuk lubang biawak... budaya menfitnah nabi sulaiman penyihir... dan sesuka hati menentukan usia ummat manusia tanpa landasan atau displin pengetahuan. memandai mempercayai israeliyyat tanpa sumber ilmu yang boleh dipercayai seperti sekurang-kurangnya sebagai Allah ajar melihat tanda2nya bagi kaum yang mahu berfikir.

    ReplyDelete
  7. ajaran Allah melalui rasul ajar tak nak ikut.. sumber israilliyat percaya nak mampus...taasub... benarlah sabda nabi untuk ummat akhir zaman ingatlah pesan Allah dalam surah al kahfi jangan berbahas dan berserderhanalah.... orang mengkaji ada displin ilmu mereka tersendiri bukan main percaya turun temurun... memang mengikut jejak langkah israel dan nasara.... sebagaimana Hadits Nabi

    Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pasti kamu (umat kemudian) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kalaulah mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikutinya”. Kami (sahabat-sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasara? Nabi s.a.w. menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka”.[ii]

    Bahkan di dalam riwayat yang lain dengan jelas baginda menyebutkan bahawa ia merupakan salah satu syarat berlakunya kiamat.

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِي بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ فَقَالَ وَمَنْ النَّاسُ إِلَّا أُولَئِكَ

    Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku akan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh umat di dalam kurun-kurun sebelumnya sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah seperti Farsi dan Rum? Nabi s.a.w. menjawab: “Siapa lagi dari kalangan umat dahulu selain mereka?”.[iii]

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak percaya atau taksub dengan pengkaji ni, cuma share info dari pengkaji ni.

      Delete
  8. You make me lol

    ReplyDelete
  9. Melayu tu dari MAYAS dan MAWAS
    jadi malas terus dayus melayang Malaysia boleh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki