Skip to main content

Anonymous menyerang Ikhawanul Muslimin, Operation Brotherhood Takedown

Anonymous mengumumkan Operation Brotherhood Takedown dengan sasaran laman web ikhwanonline.com yang dijaga oleh pergerakan Ikhawanul Muslimin. Berita penuh copy paste di bawah.

Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir.

“Ikhwanul Muslimim menjadi satu sasaran kepada kebangkitan yang diperjuangkan Mesir. Mereka cuba memusnahkan kedaulatan penduduk Mesir dan juga negara lain termasuk Amerika Syarikat,” kata kumpulan itu dalam satu kiriman ke YouTube

Kumpulan terbabit yang menggelarkan operasi mereka ‘OpBrotherhood’ dan menjanjikan sasaran halaman web utama Ikhwanul Muslimin, Ikhwan Online pada Jumaat 6 petang waktu Greenwich.

Halaman terbabit mungkin menjadi sasaran perkhidmatan pengagihan penafian (DDoS) serangan. Serangan terhadap Ikhwanul Muslimin Mesir akan menjadi acara menarik bagi Anonymous. Serangan penggodam itu menunjukkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan mungkin menyerang pelayan kerajaan Israel sepanjang hujung minggu. (Israel menafikan pelayan mereka turut diserang).

Seorang ahli Anonymous, “Sabu” turut mempunyai bendera pergerakan Islam Palestin Hamas yang dijadikan ikon Twitter beliau.

Bagaimanapun Anonymous tidak berbelah dalam menyokong kebangkitan di Semenanjung Arab yang menggulingkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, pertubuhan politik Mesir sejak sekian lama pada awalnya melakukan demonstrasi besar-besaran menentang Presiden Hosni Mubarak yang bermula lewat Januari. Sokongannya kemudian menjadi penting kepada kejayaan pergerakan 11 Februari.
“Ikhwan Muslimin bermula sebagai kumpulan kebajikan penduduk dengan niat yang adil dan saksama.

“Namun, beberapa dekad berlalu, rasuah merampas misi baiknya dan berpaling kepada organisasi gilakan kuasa untuk mengambil alih negara berdaulat Arab,” kata video Anonymous. – Agensi

Anonymous - Operation Brotherhood Takedown



"... therefore, Anonymous has decided to destroy the Muslim Brotherhood. We shall proceed to dismantle any form of its organization from the internet. Nothing will stop us. We will show no mercy

Operation Brotherhood takedown - engage"

dengan perkataan biasa untuk ending video mereka.

"we are anonymous, we are legion, we do not forgive, we do not forget, expects us."

jadi, apa kata anda?

Comments

  1. niat diorang baik.. tp cool .. haha!

    ReplyDelete
  2. @Aiman Isa
    dalam video tu dia fikir yang Ikhwanul muslimin nak ulangi sejarah lama kembali yang pernah gagal. biarkan jer lah, bukan berjaya pun. Video ni start 7 Nov 2011, tetapi sampai sekarang masih online cam biasa.

    ReplyDelete
  3. Cool..eh ubah theme eik? cool jg tp sidebar terlalu kecik :)

    ReplyDelete
  4. @shah Blogger
    aku sebenarnye sengaja buat sidebar tu kecik, ekeke, insyallah bila aku dapat template menarik baru aku tukar overall.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki