Skip to main content

Ditemui Adengan menghina Rasulullah dalam Filem Hantu Bonceng!!!???


Milosuam.blogspot.com yang dedahkan mende ni pada asalnya setakat yang tahu, mende ni memang menarik untuk kite semua ambik cakna walaupun sedar atau tak sedar. Aku sedar mende ni pun kerana aku selalu di CG, ni antara komen dari warga CG, mudah jer dia bagi...sekeping potongan ayat AL-Quran yang bermaksud.


"Dan jika kamu tanyakan kepada orang-orang munafik (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab | "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja", katakanlah | "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok ?", tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman." (At Taubah, 65-66)

komen lain,

Mana dia Perkasam, mana dia Zul Nordin , mana dia NGO-NGO lain
Kalau Mat Sabu sebut Bt kepong - mat Indra - Komunis dah heboh
satu dunia....
yang ni hina Islam semua pakat diam pun takdak sapa nak pi
repot polis ka.

Walaupun mende ni remeh pada sesetengah orang, tetapi pada mereka yang memahami Islam, mereka nampak kemungkaran besar dalam masalah ni.


ade pulak sorang hamba Allah ni dia pergi tanya Idham tentang filem dia ni, sumber dari adamroslan.com
Marikh Azahari
Assalamualaikum Saudara,
Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.
Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.
Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.
Wasalam

Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…
Marikh Azahari
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.
Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…
wasalam

Comments

  1. wah... perkara serius macam gini tak dapat nak aku berikan pandangan.. biarlah orang2 yang berkenaan menyelasaikannya.. apapun perhatian begini aku rasakan juga perlu kerana setiap manusia sentiasa berlainan penerimaan dan pandangan... jadi jgn biarkan agama sendiri diperlekehkan sewenang2nya kelak.... sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  2. dah settle...Zizan telah mendaptkn pandngn Ustaz Azhar Idrus untk memnta menjlaskn masalh ini..Usah lagi diperbesarkan lagi isu ini..

    ReplyDelete
  3. bukan nak besarkan pun, lagipun aku post sebelum tersiar berita tentang pendapat ustaz azhar lagipun, ustaz azhar kan dah kate, mende2 ni boleh menimbulkan fitnah, jadi tetap salah kerana kejahilan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki