Skip to main content

TV3 Kantoi Menipu?

Ops, mende ni saya dapat tahu dalam 2 hari lepas. Jom tengok mende pe

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.

Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.

Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.

Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.


Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.

Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.

Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?

Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian. Kredit to Milosuam.blogspot.com

pe ceriter sebenarnya ni?

Comments

Popular posts from this blog

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

Gambar Pelajar Unisel mati gantung diri

GAMBAR DIBUANG KERANA ETIKA PENULISAN BLOGGER Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti. Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai) Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk. Sumber itu kisah yang aku dapat dari sumber diatas. Alasan membunuh diri dikatakan kerana keputusan exam yang rendah. Pekara ni berlaku kepada non-muslim di Malaysia manakala kes bunuh diri dikalangan orang islam berki