Top 5 Manga Terlaris Di Japan

Manga ialah komik daripada jepun yang amat popular di seluruh dunia. Sekiranya jualan sesebuah manga laris di negara pengeluar, tentu sekali ianya antara yang terbaik di seluruh dunia. Top 5 Manga terlaris di Jepun di keluarkan data oleh Anime News Network dan dikira dari 22 Nov 2010 hingga 22 May 2011 bermakna jualan terkini di Jepun. Jom kite ikuti senarai yang di keluar oleh mereka berdasarkan salinan terjual (st).

Di Tangga Ke-5: Fairy Tail (2,501,768 st)
Fairy tail sebuah manga berbentuk AkisKomedi berkisar  tentang Ahli Sihir yang bertamadun di mana mereka ialah oraganisasi yang penting dalam masyarakat mereka. Fairy Tail ialah nama sebuah Mage atau Persatuan di dalam manga ini dan Natsu ialah watak utama. Fairy Tail banyak berkisar tentang kehidupan Natsu dalam menjadi Ahli Sihir Terkuat. Jalan cerita yang menarik seolah-olah ahli sihir ialah sesuatu perkerjaan yang berjaya menjadikan Fairy Tail lebih di minati ditambah dengan aksi humor yang menarik serta lukisan yang amat sesuai. Fairy Tail telah muncul di Jepun sejak Ogos 2006 di Majalah Shonen Mingguan (Weekly Shonen Magazine). Aku antara peminat Fairy Tail sejak disiarkan di Kreko...Terbaik

Di Tangga Ke-4: Shingeki no Kyojin (2,613,851 st)
Aku sendiri pun tak tahu cerita ni wujud tapi berada di tangga ke-4. Shingeki No Kyojin dalam bahasa melayu bermaksud "gergasi bermuka besar". Ini sedikit Sinopsis ceita ini, Beberapa ratus tahun yang lalu, manusia hampir dimusnahkan oleh gergasi. Hanya beberape peratus yang tinggal kerana mereka berjaya membina tembok pemisah yang besar berkali ganda dari gergasi tersebut. Hampir beratus tahun tidak kelihatan gergasi di kawasan bandar tersebut. Tak lama kemudian, 2 orang remaja iaitu Elen dan Mikasa telah menyaksikan sejarah baru yang mengubah kehidupan di bandar itu dimana super gergasi yang amat besar  menhancurkan tembok yang dibina beratus tahun dan mereka adik beradik menyaksikan suatu peristiwa paling mengerikan kerana melihat ibu bapa mereka dimakan hidup-hidup oleh gergasi. Mereka bersumpah akan membunuh kesemua gergasi yang ada di dunia, maka bermulalah sebuah cerita yang medebarkan.  

Di Tangga Ke-3: Naruto (3,035,593 st)
Naruto?...malas giler rasanya nak ceriter. Naruto ni amat terkenal di seluruh dunia walaupan berada di tangga ke-3. Sebuah cerite tentang kisah ninja di dunia ninja yang mengasyikkan. Naruto ialah nama watak utama dalam cerita ni iaitu Uzumaki Naruto seorang ninja bangang yang akhirnya bertukar menjadi lagenda dan harapan kampung@negara. Di tulis oleh Musashi Kishimoto di terbitkan sejak Ogos 2007 di Akamaru Jump di Jepun. Sekarang Naruto telah berkembang bukan sahaja dalam bidang manga tetapi animasi, permainan video, cenderahati, cosplay dll bukan sahaja di Jepun bahkan di seluruh Dunia. Antara manga yang menghampiri rekod lagenda Dragon Ball.

Di Tangga ke-2: Gantz (3,110,842 st)
Manga yang berbentuk pengembaraan, drama, horor, misteri, psikologi, roman, fiksyen sains dan supranatural. Sebuah manga diluar imiginasai manusia biasa. Berkisar tentang Kei Kurono dan temanya Masaru Kato yang sepatutnya meninggal di dalam kemalangan KeretaApi tetapi diberi peluang oleh sebuah bola hitam untuk hidup semula dengan syarat menyertai pertandingan membunuh makhluk asing. Sebuah cerita yang menarik untuk dibaca kerana penuh dengan konflik dan psikologi manusia dal membuat pilihan. Di tulis oleh Hiroya Oku sejak tahun 2000 lagi di jepun dan terbitkan pada mulanya di Majalah Young Jump. Peningkatan jualan manga Gantz sebenarnya disebabkan oleh adaptasi ke filem di Jepun. 

Di Tangga Pertama: One Piece( 23, 366,030)
Terbaik Di Antara Yang Terbaik. Mendahului senarai penjualan manga terlaris di Jepun dengan jurang yang terlampau besar. Walaupun di Malaysia, One Piece masih kurang mendapat sambutan, tapi di peringkat dunia dan Jepun sendiri, One Piece yang terbaik dengan pelbagai rekod-rekod jualan terbaru di catat. One Piece ialah sebuah cerita pengembaraan Kumpulan Lanun Topi Jerami yang diketuai olek Monkey.D.Luffy. Yang menarik di dalam cerita one piece ini ialah rahsia-rahsia dan kaitan-kaitan yang di dedahkan oleh penulisnya iaitu Echiro Oda sedikit demi sedikit. Pembaca menjadi semakin tertarik dengan jalan ceriter yang semakin menarik ditambah lagi dengan kemuncak untuk hero dalam ceriter ni seolah-olah masih jauh. One Piece di tulis oleh Echiro Oda sejak Ogos 1997 diterbitkan oleh Weekly Shonen Jump dan sekarang telah memasuki tahun 15 tahun sejak penerbitan dan masih jauh untuk pengakhiran dan lebih hebat jualan dan sambutannya dari lagenda manga Dragon Ball. Pergh...One Piece Terbaik, manga paling aku minati sejak sekolah rendah lagi, Tak Hengat
Ranking: 5

{ 10 pandangan... read them below or add one }

  1. aku xminat anime..tapi penah tgok akdang2..eheheh

    ReplyDelete
  2. antara kat sini slalu aku bace naruto ngan bleach jek,hehe. :D

    ReplyDelete
  3. Hahaha bleach xtersenarai dalam top5...padan muka..One Piece tetap terabik komik kesukaan aku...memang BEST BUDAK GETAH!!!

    ReplyDelete
  4. haha..same la ngan aku..bleach memang tak best pasal sambungan satu event dari satu event kurang menarik cam One Piece ni

    ReplyDelete
  5. ohhh~~ da agak da...biasanyer shoujo manga jd trend kt sna..tp kbelakangan ni shounen plak yg mningkat naik..apa2pn mg 99% manga apa pn genre dr jepun mg ttp best~ sekali pekena bru tau rsanyer..XDDD

    ReplyDelete
  6. baru bertemu dengan belog nih. Hahahha.. anyway, luffy menang!! yeah. dari dulu sampai sekarang follow diorang punyer journey. best bangat!!!!

    ReplyDelete

 
© Top 5 anything All Rights Reserved