Skip to main content

Langkah Pertama Bina Blog

1. Apakah Blog?

Blog ialah singkatan bagi " Web Log" yang mana applikasi web ini mengandungi nota atau penulisan yang di panggil "post" dan dipaparkan di halaman web. Web blog dan Web Site adalah berbeza terutamanya dari segi perhubungan 2 hala dan satu hala dimana web blog adalah perhubungan 2hala dalam satu masa. Contoh, sekiranya anda post sesuatu maka pelawat dapat komen post anda tersebut berbeza dengan web site

2. Bagaimana membina blog di blogspot?

Diantara penyedia blogger percuma yang terkenal sekarang ialah blogspot atau blogger yang mana perlu di daftar di blogger.com dan kita akan mendapat nama domain dari blogspot contohnya:

contonya.blogspot.com ini adalah free hosting anda juga boleh dapatkan contonya.com dengan hosting berbayar.

Langkah menbina blog di blogger.com

Buat Email

syarat terpenting dalam membuat blog di Blogger.com ialah mempunyai akaun gmail yang aktif memandangkan blogger ialah salah satu dari produk Google. taip sahaja di google untuk langkah-langkah mendaftar email di gmail.

Mendaftar di Blogger.com

1. Pergi ke blogger.com

2. Masukkan username dan password yang anda buat di gmail tadi. Lepas tu tekan Sign in.


3. Kemudian tekan "CREATE A BLOG"

4.Masukkan Tajuk Blog di ruangan sebelah "Blog Title", dan alamat blog anda di ruangan sebelah "BLOG ADRESS (URL)". Perlu diingat bahawa ketika anda memasukkan alamat blog yang anda inginkan, anda harus pilih sebaik mungkin kerana anda tidak boleh menggantikannya di masa akan datang, kecuali anda menggunakan kemudahan Custom Domain.

Semak avaiblity, jika alamat blog yang ditulis tidak boleh di gunakan, ganti dengan yang baru anda dan seterusnya sampailah anda mendapatkannya. Kemudian taipkan perkataan yang anda lihat di sebelah "WORD VERIFICATION" kemudian klik CONTINUE untuk langkah seterusnya

5. pilih template permulaan anda. Template akan menggambarkan secara kasar blog anda dari segi kedudukan post, tajuk, latar belakang dll. Namun anda masih boleh menukarnya lain kali kalu anda ingin. Kemudian klik Continue.


6. Anda akan nampak perkataan " Your Blog Has Been Created" bermakna anda sudah boleh mula berblog. Kemudian tekan " Start Blogging"


7. Anda sekarang boleh mula posting dimana anda boleh menulis apa saja yang anda fikirkan ( anda perlu post secepat mungkin bagi mengelakan "Blogger Anti-Spam Robot" mengunci blog anda sekiranya anda biarkan blog tanpa post). Jika anda hendak melihat hasil anda walaupun masih belum habis menaip anda boleh tekan " Preview" dan jika anda sudah siap post, anda boleh tekan " Publish Post".

 


8.Kemudian tekan View untuk lihat hasilnya. Siap

Comments

  1. tuan empunya blog....kawe nak minta sharekan info berguna dari blog bro ke blog kawe.....sumber akan kawe link kan dari blog bro....TQ

    ReplyDelete
  2. takde hal, info yang baik sama2 kite kongsikan

    ReplyDelete
  3. Minta izin tn empunya blog.. saya nak gunakan entri ni sebagai nota untuk kelas asas bina blog saya di opis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 5 Forum Di Malaysia

Salam semua, hari ini saya telah buat sikit carian, dan saya terfikir pasal forum mana yang terkenal kat Malaysia ni. So, saya ambik keputusan untuk gunakan ranking yang di keluarkan Alexa sebagai sumber rujukan saya. Sedikit kejutan berlaku tahun ini. Jom kite tengok senarai Top 5 Forum Popular Di Malaysia. 1. Cari.com.my Satu kejutan untuk tahun 2011, kerana kerana peningkatan dari Cari.com yang mendahului forum-forum lain di Malaysia. Berada di tangga ke-15 sama seperti tahun lepas di ranking Alexa di Malaysia. Keunikan Cari.com kerana dia mempunya 3 versi bahasa, iaitu bahasa melayu, cina dan english. Kiranya cam 1 Malaysia gak ni. 2. Forum.lowyat.net Ranking Alexa menunjukkan Lowyat.net berada di tangga ke-16 berbanding ke-14 pada tahun lepas. Kebiasaanya Lowyat.net merupakan forum paling popular di Malaysia, namun tidak pada tahun 2011 ini. Lowyat.net mungkin forum terbesar dari Malaysia dengan keahlian seramai 394,606 berdaftar. Tapi aku kurang skit kat forum ni. huhu 3. Car

hyperthyroidism - penyakit yang aku alami

hyperthyroidism, name penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Oleh kerana penyakit agak berbahaya, aku nak ceritakan tentang tanda2 penyakit hyperthyroidism ini dan kesannya. Makusd Hyperthyroidism, "Hyperthyroidism is a condition in which the thyroid gland makes too much thyroid hormone. The condition is often referred to as an "overactive thyroid." Hyperthyroid ialah gejala Hyperthyroidism, keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid, keadaaan ini dipanggil "overactive thyroid".

Top 5 blog paling terkenal di Malaysia

Hampir 3 bulan aku tak update blog Top 5 ini dan hampir 5 bulan aku tak buat Top 5 Blog Terkenal atau mungkin terbaik di Malaysia yang sudah pasti dikendalikan oleh blogger terkenal di Malaysia. Kali ini untuk Edisi Mei 2012 aku tak ada banyak perubahan dari segi penilain blog mana yang terkenal hanya menggunakkan Ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com . Apa yang boleh aku simpulkan, rakyat Malaysia semakin gemar membaca gosip2 artis dan hiburan, tak tahu kenapa, mungkin kerana banyak skandal2 s#ks para pemimpin terkenal Malaysia masa kini. Mungkin trend ini akan berubah apabila pilihanraya hampir nanti? Top 5 blog paling terkenal di Malaysia edisi Mei 2012